![]() |
| sayang, Terimakasih dan banyak2 bersabar menghadapi dugaan kali nie ya. |
Search This Blog
27 August 2014
25 August 2014
Dont worry :)
24 August 2014
Maafkan saya + Buntu + kehilangan semangat
22 August 2014
sory,kosong,kedudukan,take care,focus
sory...sy xtau npe sejak akhir2 n sy rse kosong sgt...xtau nk explain mcm mne...
kedudukan,
spe sy kt dlm diri awk ye????
mybe cara awk dan sy brbeza....klau awk nk simpan sgt psal smue yg trjadi ok xpe..klau sy x tnye ari tu knfem awk x ckp yg awk msuk hspital kn....sepatut nye awk bg tau..tpi awk just senyap je x bg tau ap2..dh bpe kali gnie kn..klau rse sy x pnting ckp je la..xprlu nk tnjuk dlm cara trsirat gini..
take care
jge dri awk+baby elok2 ok..just focus on that 1st.
kedudukan,
spe sy kt dlm diri awk ye????
mybe cara awk dan sy brbeza....klau awk nk simpan sgt psal smue yg trjadi ok xpe..klau sy x tnye ari tu knfem awk x ckp yg awk msuk hspital kn....sepatut nye awk bg tau..tpi awk just senyap je x bg tau ap2..dh bpe kali gnie kn..klau rse sy x pnting ckp je la..xprlu nk tnjuk dlm cara trsirat gini..
take care
jge dri awk+baby elok2 ok..just focus on that 1st.
Janji saya (I will take care of myself)
21 August 2014
jaga diri awak baik-baik
syg...dh 2 ari awk msuk hspital kn..tpi awk x ckp pown dgn sy smlm.....pg tdi awk bru nk ckp tu pown sy tnye..ptg n sy xtau la awk dh kluar wad ke blm..sbb awk senyap je...xpela syg..sy pham.mybe awk x lrat..so jgn rsau psal sy ok.awk rsau kn psal diri awk :)
20 August 2014
rindu = memahami limitation
mse utk sy conctact awk only when u work..sgt2 singkt(not more than 8 hours per day)...btw its ok..cube phamo keadaan awk..menahan seorg diri...jge dri awk elok2 ok... stiap bulan akn ad 4 or 5 hari yg kte x blh nk cntct lngsng..tu time awk cuti la... :)
14 August 2014
Kelemahan saya bila menyayangi seseorang
Sayang,
Saya minta maaf sebab menbuat awak rasa tercabar tanpa saya sedari, sepatutnya saya tenang dan gembirakan hati awak setelah sekian lama kita tak berjumpa dan tak dapat habiskan masa bersama.
Saya x tau lah kenapa saya asyik menyakitkan hati awak sejak akhir-akhir ini. Saya selalu cari gaduh padahal sepatutnya kejauhan ini merapatkan kita, kerinduan ini sepatutnya mendekatkan hati kita. Salah saya kerana, saya terlalu memaksa dan terlalu berharap pada awak. Sayang, saya x suka perasaan cemburu, saya jadi begini sebab kurang keyakinan diri dan terlalu takut kehilangan awak. Saya cemburukan semua benda yang awak buat n semua org yg awak beri perhatian. Saya x suka perasaan nie, sebab saya jadi tamak dan mementingkan diri sendiri. Saya benci perasaan ini sebab kerananya saya melukakan hati awak.
Memang aneh bila kita terlalu menyayangi seseorang, adakalanya kita bertindak melampaui batas. Itu yg berlaku pada saya. Maafkan saya. Saya hampir2 kehilangan awak kerana saya mencabar kesabaran awak melayan kerenah saya.
Sepatutnya saya manfaatkan masa2 singkat yang ada untuk bersama awak selagi ada peluang, x kiralah lama atau sekejap. Saya sepatutnya bersyukur saya dapat sentuh dan tatap awak meleraikan kerinduan tapi saya memang bodoh, saya sia-siakan peluang yang saya ada. Hingga buat awak putus asa pada diri sendiri kerana menyayangi saya.
Banyak yang awak katakan dan luahkan kali ini. Banyak juga perkara yg awak katakan itu membuatkan saya berfikir dan hancurkan hati saya. Bukan kerana terluka dengan perkara2 yang awak putuskan tapi hati saya hancur bila terkenangkan sebanyak mana awak bersabar menghadapi sikap dan kerenah saya namun saya masih tetap tak tau menghargai. Hati saya hancur bila mengenangkan diri saya memang tak tau bersyukur, bila awak berusaha memenuhi permintaan saya walaupun awak hadapi kesukaran dan terpaksa menjaga hati ramai orang. Ampunkan saya, sayang.
Banyak pengorbanan awak pada saya sebenarnya, Cuma saya yang tak sedar dan x prihatin. Awak sanggup lupakan apa yang awak cari dan tujuan awak masuk tagged hanya kerana kenal saya. Awak berkorban bersusah demi nak jaga hati saya, apa yang saya buat hanyalah menyakitkan hati awak. Dah la saya x mampu nak bagi kemewahan malahan saya x dapat puaskan pun permintaan batin awak. Still awak jaga hati saya dan utamakan saya.
Macam tu juga dengan minat awak, sepatutnya duit yang awak belanjakan tika bersama saya, dihabiskan atau pun disimpan untuk memenuhi hobi awak, tapi kerana saya, awak sanggup ketepikan semua tu dan habiskan masa dengan saya. Semua sebab saya x menyokong minat awak, semua sebab saya bimbang keselamatan awak n x nak berjauhan dengan awak lama2. Tapi sayang, yang saya x sedar, awak x gembira. Sekarang saya sedar, saya x boleh halang semua tu untuk gembirakan hati sendiri, saya sepatutnya sokong minat awak, sebab saya akan merasa tempias perasaan happy yang awak rasa bila minat awak tu tertunai. Cuma sepatutnya saya menasihati supaya awak berhati2 aje.
Tika nie saya x pasti apa sebenarnya perasaan awak pada saya, Samada masih sayang atau awak hanya tunggu masa untuk menjauhkan diri sebab saya tau prinsip awak dan pendirian awak. Dah banyak kali awak tegaskan pada saya keputusan awak muktamad dan ini perpisahan terakhir bagi kita sebab awak berputus asa pada diri awak. Ntah kenapa hati kecil saya berkata awak Cuma bagi masa untuk saya bersedia hingga baby lahir untuk awak biarkan saya sendirian tanpa awak. Masih terngiang-ngiang lagi ditelinga saya awak kata: saya akan bz kalau dah ada baby dan x kan terasa kehilangan awak. Patutkah saya merasa takut n bersedia kehilangan awak sayang? Walaupun saya x bersetuju dengan perpisahan yang bakal berlaku.
Sayang,
Saya tau dan faham kesalahan saya, maafkan saya, berilah saya peluang untuk terus berada disisi awak, walaupun kita dah x seperti dulu, walaupun awak dah ada sugar mummy yg kaya raya, walaupun awak dah ada tempat untuk melunaskan nafkah batin awak, walaupun awak cuma cintakan kelajuan dan hobi memancing awak, dan akhir sekali walaupun suatu tika nanti awak dah ada insan yang bernama isteri yang membahagiakan awak. Saya merayu pada awak, izinkan saya terus menyayangi awak dari jauh dan sentiasa ada disisi awak tika awak perlukan seseorang, tika awak susah dan berduka. X apa lah kalau awak lupakan saya tika awak senang dan gembira. Tolonglah…saya tak pernah merayu, tapi ironinya ini dah kali ke-3 saya merayu pada awak. Jangan lah awak Tanya kenapa sebab saya x ada jawapannya. Yang saya tahu saya x mampu nak kehilangan awak.
Sayang,
X kira macam mana pun saya pujuk hati untuk tabah dan senyum, saya x mampu. Masa saya jumpa awak di Tg.Lumpur, Saya berusaha bersedia dan tersenyum, saya x nak awak Nampak airmata saya. Ikutkan hati saya, saya x nak awak Nampak saya lemah dan x berdaya mcm tu. Tapi airmata saya tetap gugur juga, bila awak kata, awak let me go just sebab awak nak balik ke basic, kejar kemewahan n sugar mummy. Dunia saya rasa sunyi, sepi, saya rasa gelap dan mcm kaca terhempas, badan saya menggigil menahan tangis, airmata saya sama lebat mcm air hujan. Nasiblah saya tengah duduk tika tu, kalau saya berdiri dah tentu saya jatuh terduduk, kaki saya betul2 lemah. Saya bersyukur tika awak dah keluar dari kereta sebab saya tak nak awak tengok betapa lemahnya saya tika tu. tapi awak datang balik. Kenapa awak?. Awak kata biarlah awak kejam sekarang, kenapa awak kembali dan tengok saya dalam keadaan saya yang begitu. Walaupun saya x kuat, saya tabahkan hati untuk drive. Yg saya ingat saya kena balik ke banglo. Saya terlupa nak bernafas dan nasib baik saya x tumpah darah sebab memang saya merasa perasaan saya x terkawal. Awalnya saya fikir nak cari klinik atau hospital tapi saya x boleh sebab kalau jadi apa2. Dah tentu awak akan kesalkan diri awak. Saya yakinkan diri untuk bertenang dan cepat2 balik untuk makan ubat yang doctor bekalkan. Alhamdulillah x ada apa yg berlaku walaupun darah ada keluar agak membimbangkan. Selepas makan ubat dan berbaring ianya berhenti. Maaf lah tika tu saya x ckap dengan awak, saya tau awak akan risau dan lebih risau kalau x dapat nak buat apa2.
Sebenarnya malam tu tika jumpa awak, saya memang ada 1500 cash dalam tangan saya. Dan tika saya Tanya awak, awak nak duit atau tak, awak kata awak x nak dan berkeras x nak terima pemberian saya lagi. X nak terhutang budi dan terpaksa membayar dengan hati. Saya saje tak bagitau berapa yang saya ada, sebab saya x nak duit akan jadi sebab untuk awak terpaksa terus stay dengan saya dan terima saya. Dan saya x nak, awak rasa tercabar dan rasa mcm saya nak beli kasih sayang awak dengan duit saya atau seolah-olah saya beli harga diri awak untuk bersama saya. Dan awak tentu dah tau, saya x kan berikan apa saje yang awak minta sepenuhnya bila awak minta. Saya akan beri berapa saya ikhlas, nak tau sebabnya, saya x nak nanti hati saya merasa x ikhlas dan redho bila saya perlu menghalalkan dan merelakan perpisahan andai terjadi antara kita. Pada saya duit akan menjadi darah daging, saya beri pada org yg saya nak beri dengan ikhlas dan x harapkan ianya dikembalikan. Allah bukakan hati saya memberi sebab ada rezki orang tu dari diri saya J.
Semoga awak tenang dan dipermudahkan menjawap segala soalan temuduga esok. Semoga awak dapat keje tu dan boleh capai segala yang awak cita2kan. Tentang saya usah la awak risau. Saya tetap disini, sentiasa ada untuk awak, sentiasa menyayangi awak yg x ada apa2. Sebab yang saya sayangi adalah Eumirul Faiz’s, yang x ada apa2 nie, bukannya Eumirul Faiz’s yang bakal memiliki segala yang dia mahukan dan cita2 kan. Ckuplah andai saya dapat bersama Eumirul Faiz’s yg saya sayang tika dia susah dan sentiasa tersenyum ceria. Eumirul Faiz’s yang ada motor kapcai SYM aje. Rindunya dengan Eumirul Fiaz’s saya yang manja dan nakal tu. Saya x layak nak berganding dengan Eumirul Faiz’s yg ber RR skrg atau superbike akan datang, saya terlalu banyak kekurangan. Bimbang akan memalukan dia nanti dengan kelemahan saya.
In shaa allah saya akan ok. Jangan risaukan saya. Saya sayang awak B.
10 August 2014
kefahaman+perbezaan+kenyataan+komitmen
sy x nk ckp banyak.sy pown x blh nk ckp bnyk.
ad prbezaan..komitmen?persendirian?
bnde yg berbeza..
org tua sy tau ap yg diorg blh buat mse sy belum kawin dan dah kawin.
"im same with ur hubby"
"sy ank mak"
"sy x reti pjuk awk"
ad prbezaan..komitmen?persendirian?
bnde yg berbeza..
org tua sy tau ap yg diorg blh buat mse sy belum kawin dan dah kawin.
"im same with ur hubby"
"sy ank mak"
"sy x reti pjuk awk"
"sy x reti about make love(foreplay)"
"sy slalu sakiti ati awk"
"sy x pnah make effort utk our relationship"
"sy x pnah make effort utk our relationship"
...................
................................
.....................................
..........................
.....................................
........................
.......................
...................................
............................................
(sy dh sdie kn tmpt kosong tu tlg la tmbh lg ap kelemahan sy)
sory mlm n ego sy trcabar.so sy xnk ckp apa-apa..lg baik sy diam sy tido.knfem esk ati sy ok.
05 August 2014
Kenyataan
Awak,
kenyataan memang pahit dan pedih bila kena telan. Macam tu la yang saya rasa sekarang.
Saya rasa diri saya memang dah x disayangi lagi macam sebelum nie.
Maafkan saya, saya dah x mampu nak jaga hati awak n puaskan hati awak.
Hati saya sgt2 terluka tika nie
Awak memang dah x sayang saya, itu kenyataan pasti dan kesimpulan yang saya dapat sejak akhir2 nie
Saya berserah pada takdir, saya redho aje apa yg berlaku.
Memang terasa sakit sekarang nie...hati saya hancur berderai tapi saya tetap nak tatap wajah awak dari dekat buat kali terakhir in shaa allah.
Saya bukan berputus asa pada kasih syg saya pada awak, cuma saya memberi ruang awak bernafas tanpa saya jadi gangguan dan tekanan kat awak.
Sekali lagi saya nak katakan pada awak, izinkanlah saya merawat luka hati saya, saya bagi awak ruang dan peluang untuk awak penuhi segala yang awak cita2kan dan mahukan dalam hidup awak, walaupun saya x ada dalam picture tu semua suatu ketika nanti.
Saya sedar kekurangan saya, perbezaan antara kita, jurang pemikiran dan keutamaan antara kita. Saya doakan semoga allah permudahkan awak temui insan sempurna yang melengkapi hidup awak, semoga awak berbahagia dan gembira selalu. Semoga allah ambil semula segalanya berkenaan saya yg ada pada awak supaya awak lupakan saya dan x berduka.
Anggaplah semua yg berlaku antara awak, saya dan baby cuma mimpi buruk yang x bermakna.
Teruskanlah kehidupan awak dan lupakan kami,
Jangan risaukan saya, biarlah saya terus mcm nie. sendirian dan x de siapa yg kisah pun. Jagalah diri awak baik2.
Saya sayang awak
Subscribe to:
Comments (Atom)











.jpg)

.jpg)
