Arini hati tertanya2 mengapa dia msg tapi bila di reply
senyap aje.
Mungkinkah dia sepertiku sesekali teringat namun perasaan
asing telah menyebabkan x tahu apa yang mahu dikatakan.
Orang tua2 selalu berkata kalau dah terlajak kata, malu
sendiri akhirnya walaupun insan yang mendengar kata2 itu x kata apa2. Tapi
awak, jangan risau, saya sentiasa doakan yang terbaik buat awak, walaupun hati
saya pernah terluka atau kecewa, saya pernah menitiskan airmata kerana awak,
tapi saya tetap doakan yang baik2 aje untuk awak. Saya x mahu rasa tenang yang
saya miliki nie terhakis oleh perasaan dendam atau apa aje.
Saya x tau lah, mungkin awak masih mengikuti perkembangan
Life saya. Seperti yang pernah saya janji, saya akan update blog nie walaupun
awak dah lama berlalu dari hidup saya, walaupun hanya sesekali kenangan
menjemput rindu, Saya memilih untuk mengingati awak sebagai insan yang hebat
dan bersyukur pernah dipinjamkan awak seketika menemani hari2 saya.
Awak, teruskanlah mengejar cita2 dan penuhi impian awak. Saya
telah lama awak tinggalkan dan buang dari hidup awak. Tetapi ingatlah, tika
awak keletihan dengan dugaan hidup, saya sentiasa berusaha ada untuk awak. Awak
tentu tau di mana nak dapatkan saya. Insha allah saya x kan hampakan awak. Saya
akan bantu sedaya saya. Walaupun tika tu, semuanya dah x sama dan x kan
berulang lagi segala yang pernah kita lalui bersama. Saya akan berusaha ada
untuk awak..walaupun hanya secebis doa dari kejauhan. Ingat ya awak…..


No comments:
Post a Comment