Search This Blog

27 July 2014

Selamat Hari Raya


Sayang,

Maafkan segala salah silap saya pada awak, segala kekasaran kata2 dan perbuatan.
Redhokan dan halalkan segala yang awak dah berikan saya disepanjang kasih sayang kita,

Sayang,

Di musim perayaan nie hati2 lah dijalanraya,
Saya dan baby bakal ada di rumah aje.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

p/s: Indah kan kalau raya nie kita dapat raikan bersama. Bersalaman dan kiss tangan awak seperti sebelumnya :)

25 July 2014

Dugaan


Saya sangat runsing dan lemah tika nie…

Dugaan demi dugaan dan tekanan demi tekanan yang harus dihadapi, semua nya datang dari segenap penjuru. Kadang2 terfikir juga, saya x mampu mengharunginya sendirian. Siapa yang ada disisi dan membantu saya tika saya lemah begini.

Kerap kali saya ulangi difikiran, lari dari masalah, tinggalkan kehidupan yang amat berat nak dihadapi ini. Minda dan tubuh terasa amat penat. X mampu bertahan. Tapi hati selalu mengingatkan saya bukan pengecut yang gentar dan lari.

Merasa amat2 tertekan dengan sikap hubby, bila ditegur atau disuarakan apa yang pincang, bukan perbincangan dan sama2 berusaha hadapi masalah yang saya dapat, tapi amukan kemarahan dan tunjuk perasaan.  Masalah tetap x selesai. Kalau x menyumbang pada penyelesaian sekurang2nya jangan lah menyumbang pada masalah dan tambah2kan lagi berat kepala saya.

Fine, sekarang dia bagi saya pegang bank card, tapi yang saya Nampak, punca masalah lebih besar bakal tiba. Selepas nie dia akan lebih boros dan lebih kerap meminta perbelanjaan, maklumlah kewangan saya control. Yang dia tau beres aje. Lagi sakit kepala la saya nak adjust budget sampai mana2 perkara yg tertunggak atau yg x settle di settlekan. Bukan sekejap tu, pasti amik masa yang agak lama. Dan mcm biasa, saya kena rolling n rolling without stop sampai boleh bernafas, kena pujuk anak2 utk belanja berhemah dan simpan2 duit yg diorang ada untuk kecemasan.

Tambah sakit kepala, baby bakal ada dan perbelanjaan bakal bertambah. Serentak segalanya berlaku, mak pulak operate 18/09/14 nie. Due date tiba 30/09/14. Saya rasa tempuh berpantang tu nanti dalam 2 minggu saya dah kena ligat uruskan semua urusan. Kalau harapkan hubby, confirm cash abis tapi banyak yg tak settle.

As my pregnancy, Kelinik kesihatan just call inform bad news. Last check up 17/07/14 aritu, result minum air gula saya x ok. Saya ada diabetic pulak. Lagi lah tambah susah hati. So 29/07/14 nie, saya kena puasa malamnya, 30/07/14, saya kena gi klinik 4 kali utk amik darah tiap 4 jam. 31/07/14 kena check up lagi n jumpa doctor pulak regarding pregnancy diabetic nie. Im scared awak, I am really scared.

X tau mcm mana nak describe perasaan runsing dan tertekan yang saya rasa. Saya rasa betul2 alone tika nie. Dan saya rasa semakin lemah dan lemah.

Why is it so hard for me to have a calm life, a happy life???

Until when saya kena sabar dan sabar sedangkan saya rasa x mampu dah?

Nampaknya saya kena fikir semula arah tuju kehidupan yang patut saya ambil. Saya kena setting priority dan hadapi satu persatu hingga saya mampu bernafas semula.

23 July 2014

Life




Saya x mampu menjadi teman ketawa atau menangis,
Jadi saya tak berhak memilikinya,

Saya x mampu buat sesiapa rasa bahagia dan hanya mampu menambah derita,
Jadi saya x berhak untuk tersenyum kebahagiaan walaupun hanya sesaat.

Saya x mampu mengubati luka malahan hanya menambah luka demi luka,
Jadi saya memang berhak untuk dilukai dan terluka

Saya faham awak sibuk seminggu dua nie, saya pun faham sgt ekonomi dunia awak meleset dan awak x dapat nak spend time dengan saya seperti dulu.  Tapi kenapa bila saya kata, Im giving U a time, awak berkeras x perlu.

Tipu lah kalau saya kata saya ok, Bohonglah kalau saya kata saya x kisah, sedangkan sebenarnya sekarang saya rasa saya semakin jauh n jauh dari awak. Saya rasa diabaikan. Saya rasa dilupakan

Saya x suka merasa tergantung mcm nie, antara ada dan tiada. Saya sentiasa mahukan kepastian, saya sentiasa nak dimanjakan, saya selalu nak awak ada untuk saya. saya akui, semakin kurang keyakinan dan tawar hati.

Jangan awak fikir sebab ada sesiapa atau apa saja. Memang betul lah saya pernah kata "awak x takut ke kalau ada org lain yang buat mcm awak ketika saya dengan Rain?". Saya perlukan dan mahukan perhatian, itu yg Rain x boleh beri, dan nampaknya awak pun bakal ikut jejak langkah dia. The more I need U, and much more U are not around for me.

Mcm saya ckap awal tadi, saya faham awak sibuk, tapi x kan lah reply msg pun x sempat. Not all the time at least x lah senyap the whole day. kalau alasan saya kat umah, awak x nak ganggu dan sebagainya sebabkan awak x msg.  Tetapkan syarat n guideline so I wont bother U in all the time stated. x kan x boleh msg when U are free.

hari tu bila saya kata, baik kita set time, jalani hidup masing2 than bila time yg diset tu sampai, if rasa still luv n need each other, we think about it. awak x setuju, awak x nak. But sekarang nie saya dah x sure dah.

Semakin saya fikir-fikir, semakin saya sedar yang awak sebenarnya keliru dan x perlukan saya dalam hidup awak tapi saya yang memerlukan awak dalam hidup saya. Ckup2lah awak berkorban untuk saya. tanyalah dan semaklah hati awak tu, awak sebenarnya x sayangkan saya, awak cuma kesian dan simpati.

awak, Selamat berjaya interview esok, Semoga awak dapat keje tu.

Lupakanlah seketika saya dan fokuslah dengan bina life awak.

Saya x suka diri saya jadi penghalang langkah awak. Kalau ada nanti, adalah. Saya terlalu takut nak fikir apa2 dan mengharap keajaiban berlaku sekarang nie.

Its true age is not just a number after all.

Its true if I luv someone so much I need to be brave and let go, n if that someone still return to me than he be mine forever.

Its true I can get hurt if luv and miss someone so much. Im learning the lesson (hard)

Saya tau awak baca nie dengan perasaan bercampur2. Kalau awak nak ckap apa2 U know how to find me. I will be listening. If awak senyap aje, mayb saya andaikan awak setuju dengan semua yg saya katakan dan x nak saya dah.

Mayb saya akan teruskan life saya n move on. Bukan senang coz I need U n Luv U so much tapi terpaksalah....

18 July 2014

Masa


Dah tentu la saya macam tu, x pernah lupa.

Sentiasa memikirkan kamu,
yang bertahta di hati,
berharap di pertemukan walau cuma dalam mimpi,
 kerana rindu yang tak bertepi.

Sentiasa teringatkan kenangan manis dan pahit,
Gurau senda, rajuk dan resah melanda hati,
Tertanya - tanya perkhabaran dan keadaan,
Berharap insan tersayang jua tengah mengingati.

Duhai hati bersabarlah sayang,
Inilah adat orang merindu,
Berkasih sayang umpama ombak dan pantai,
Berulang-ulang pertemuan dan perpisahan,
Kadang tenang dan kadang gelora,

Duhai jiwa bertabahlah,
Bertahan menghadapi ujian yang x lelah menduga,
Semoga semakin kental mengharungi kehidupan.
Semoga pahit akan manis akhirnya

Faiz's saya sayang awak

16 July 2014

Saya pun x ske sangat



Yunk, maafkan saya. Hanya tu yang mampu saya katakan. Samada awak jauh atau dekat saya tetap terfikirkan perkara2 tu semua. Cuma bila dekat, perasaan curiga tu kurang ckit, bila jauh ianya makin kuat. Mayb sebab x Nampak, mayb sebab loosing faith. Mayb hati belajar untuk redho perlahan2.

Sebenarnya bila difikirkan semula, andai benar berlaku pun, saya x boleh nak kata apa2. Yang boleh saya buat Cuma buat pilihan samada nak stay or just walk away, sebab itu tandanya awak dah x perlukan saya lagi. Biarlah saya sedih sekarang dari saya sedih bila perkara tu berlaku dan saya x bersedia. Sekurang2nya awak dah tau pendirian saya dan jika ianya masih berlaku juga, bermakna awak sendiri faham bahawa saya dah x penting dah dalam hidup awak. Jangan tunggu saya dapat tau sendiri, just bagitau aje directly kat saya n saya akan faham its time for me to go.

Yunk, dapat keje nak main moto n mancing ea? Any plan about us? No????

Saya doakan cepatlah awak dapat keje. N kalau dapat biarlah jauh dari saya macam sekarang. Nanti bila awak dah puas main moto n mancing, baru fikir about us, tu pun kalau ada lagi “US”. Kalau masih teringat. Kalau x terlupa n hilang ingatan atas sebab2 x sengaja atau disengajakan.

Tiba2 teringat awak pernah kata kalau saya give birth, awak nak jumpa saya n baby kat hospital. Tinggal anganan sebab dah tentu awak jauh n x de dengan kami. See lots of thing being said but it could not happen. Macam mana nak expect things that don’t think n don’t see will never happen? Tu pun kalau awak faham la maksud saya.  

After all eumirul Faiz’s, rindu dan cemburu nie meletihkan. Walaupun kasih dan sayang tu tetap di hati tapi airmata yang jatuh tu, menghakis rasa yang ada macam air yang menghakis batu, mcm air laut yg menghempas pantai…. Awaklah air laut tu dan saya lah pasir halus kat pantai. Perasaan nie ombaknya.

15 July 2014

tak suke sangat

yunkk..npe awk suke pkir yg sy akn make love dgn org lain..sy sndri x pnah pkir smue tu..sy xske ckp psal bnde n sbb sy xpnah trpikir pown psal tu...scre jujur nye lpas n klau dpt kje..sy dh pkir..sy nk start main moto dgn join trip mncing smule..dh lme dh x mncing dgn main moto.sy akn mncari kelajuan tu blik smule..sy x tau nk buat mcm mne spye awk ckp sy..xpela..sy x nk mrah awk or apa-apa...sy blja relax dan sabo..maaf kn sy...

13 July 2014

Yunk

sayang,

Hati digamit rindu yang x berpenghujung,

Namun saya resah gelisah, memikirkan apakah pengakhiran antara kita.

Beberapa hari kebelakangan nie banyak perkara yang tak terduga berlaku, sekian kalinya saya hampir2 terpaksa melepaskan awak dengan kepedihan dihati.  Hingga bila saya mampu bertahan awak?

Saya betul2 lemah dan x ada ketabahan kini, airmata usah ceritalah, dah jadi teman setia pulak.

Saya berdoa moga awak cepat memulakan kehidupan baru, dapat kerja dan sebagainya, kejauhan nie memang buat saya rasa teruji, saya cuba untuk bertabah walaupun semakin lama, semakin x berdaya rasanya.

Bukan saya x faham keadaan awak, tapi sesungguhnya saya memang mudah pecah saat berjauhan dengan awak. Mcm2  perkara yang saya terfikir, kebanyakkan yang buruk2 aje. Macam mana ya klau apa yang saya fikirkan tu jadi kenyataan? Boleh ke saya teruskan kehidupan saya tanpa awak dan memaafkan awak seperti mereka2 yang kecewakan saya sebelum nie?

Saat nie, ketika nie awak yakin dengan pendirian dan perasaan awak, masalah nya saya yang terus terusan hilang keyakinan. Saya betul2 letih fizikal dan mental tika nie.

Awak,
Andai sesuatu terjadi, terus lah ada disisi saya, klau pun bukan sebagai org yang disayang, ckuplah doakan sebagai seorang kawan. I need U.



11 July 2014

Maafkan saya awak


Sayang,

Maafkan saya, saya bakal kehilangan awak samada saya suka atau x.

Marah lah saya, Bencilah saya, saya x dapat nak jelaskan pada awak kenapa saya terpaksa jua melepaskan awak.

Hati saya hancur dan terluka tika saya menyakitkan hati awak mcm nie....

Bukan mudah membiarkan awak tertanya2 mcm nie tanpa penjelasan, saya sayang dan rindu awak sangat2, Tapi sekarang saya dalam keadaan x berdaya awak.

Yang mampu saya buat tika nie, berdoa semoga segala  yang bakal berlaku saya akan terus tabah menghadapinya, andai awak yang terbaik buat saya, permudahkanlah awak dapatkan saya, andai saya keburukkan bagi awak, permudahkanlah awak lupakan saya dan pertemukan awak dengan insan yang lebih baik. Maafkan saya.

Sayang,
Saya x pernah berhenti sayangkan awak, Tiap saat merindukan awak, Jagalah diri awak baik2, sebab saya x mampu nak jaga awak seperti sebelum nie. Semoga tika ditakdirkan berjumpa suatu hari nanti, awak memiliki segalanya yang terbaik.

I luv U so much Mohammad Eumirul Faiz's. 

10 July 2014

My soulmate

Sayang,

Rindu serindu-rindunya hati pada awak, maafkan saya ya awak. Kini awak pelajari pula ketawa diiringi airmata. Bukan airmata kegembiraan tapi kepedihan dalam menahan perasaan. Selalunya saya hanya tersenyum tapi airmata basah di hati, Kini awak dah alami sendiri dan awak dah faham maksud saya.

Dalam kehidupan ini, kita selalu buat perkara-perkara yang x masuk akal bila menyayangi seseorang. Kita pun selalu berfikir perkara yang bukan2, ntah dari mana idea2 gila dan adakala melukakan itu muncul. Mungkin kerana perasaan terlalu sayang dan takut, mungkin juga sebab rindu yang disulami cemburu yang menebal, Tapi selagi kita sama2 berusaha mendengar dan berbincang seperti sekarang, in shaa allah, kita akan terus bersama.

Sejak akhir2 nie awak selalu kata, saya buat awak pening kepala. Hahaha…

Saya tau, kenakalan saya, kemanjaan saya dan ketegasan yang x bertempat saya, buat emosi awak naik turun. Ada masa awak terasa hanyut dibuai perasaan indah dan ada masa awak seksa menahan perasaan geram kerana kerenah n usikkan saya yg x bernoktah. Ada masanya awak terdiam dan x tau nak bereaksi bila saya bertegas dengan pendirian saya. Yunk, sebab tu lah awak tertarik sangat nak mendekati saya. Awak sentiasa rasa masih banyak yang awak nak terokai tentang sikap dan kerenah saya. Nampak mcm mudah dibaca dan difahami, Tapi semakin dalam awak dekati semakin keliru awak rasa, semakin keinginan memiliki tu bertambah kuat.

Saya amat bersyukur if awak rasa, I make Ur soul always feel alive.

Saya dah tengok website De Rhu Resort, Location yang sama dengan Kuantan Banglo, Dua2 pun terletak kat Beserah.  Saya ada jugak cuba tengok rate nya untuk 4D3N, kat hotel website RM480, Kat booking.com pun sama price. Tu pun utk Superior, Klau Deluxe tentu lebih lagi. It must be nice if we could spend the available time tu togetherkan? It would be awesome klau saya Cuma datang untuk kelas je kat seminar tu n x yah tido sana. Abis kelas saya boleh balik spend time together dengan awak. Tapi rasanya x boleh kot. Macam mana pun awak tetap kena balik umah n saya x confirm lagi pegi ke x.

Apapun semua tu hanya perkara2 yang muncul difikiran aje J

Kita tengoklah keadaan mcm mana nanti.


09 July 2014

ketawa+air mata

syg.skrang bru sy sedar.mcm mne gurau yg nmpk mcm biase tpi pedih..mcm mlm smlm.kate2 awk ckup utk buat sy terasa..dgn keadaan kite skrang..mmg sy tkot..tkot bnde tu jdi btol2..sy tau bnde tu gurau..tpi tah la hati..die mudah sgt tersentuh smlm..maafkn sy ckp ksar dgn awk smlm..sy syg awk...

Selasa


Sayang,

Pagi tadi memang terasa mengantuk sangat dan x sihat, dalam jam 5.45am saya pergi 2nd break dan terlena sekejap. Lena yang dihiasi mimpi buruk. Ntah kenapa saya bermimpi mcm tu, sedangkan saya pun x fikir apa2.

Turun dari atas ke Skyway saya tumpang adik bongsu saya. Since pagi tadi, drive nak sampai ke rumah tu pun rasa seksa yang amat. Sampai2 je kat umah, letak bag, terus je terbaring sebelah hubby kat hall dalam setengah jam kot, betul2 pening. Hubby pun terperanjat. Hari nie masa saya dipenuhi dengan tido dan terbaring lesu, saya betul2 rasa x sihat dan lemah. Alhamdulillah Berjaya juga saya menyempurnakan puasa.

Petang tadi sekitar 6.00pm baru saya terjaga, mandi2 than adik saya bawa gi berbuka kat umah mak, sebab mak dah siap masak, dia tau saya x sihat. Tadi naik keje pun pegi dengan si Acu n si adik. Lepas tu adik balik ke umah dengan hubby. Kereta tinggal kat skyway. But still no choice, malam nie x de manpower, have to work. Maafkan saya ya awak. Maaf buat awak risau.

Masuk keje nie tadi Manager bagitau tarikh seminar Kuantan bakal dipinda lagi. X pasti saya kena pegi batch mana, it seems x boleh nak elak. Have to go jugak. Saya x boleh bermalam di luar. Tapi sebelah malamnya waktu dinner, maybe saya boleh jumpa awak. Ada rezki adalah. X de rezki nak buat mcm manakan. Sabar ajelah dengan kerinduan yang x bertepi nie.

Awak, awak kena cari keje jugak, klau x nanti, mcm mana awak nak belanja saya kan, klau saya gi kuantan kan? J

08 July 2014

sepi

kenapa hari ni awk senyap je ye..sy anta msg awk x bls..sy nk call tkot gngu awk kt rumah..jdi sy hnye tggu je la..awk  x sihat ke...awk ad prblem ke..apa-apa pown sy rindu awk sgt2...sy msih tertanya-tanya...npe awk diam je ari n...



Rindu


Sayang,

Rindu pun x pernah penat jadi tetamu hati saya, Rindu pada awak yang saya kasihi.

Walaupun dalam rajuk, x pernah pun berkurang perasaan rindu malahan lebih kuat,

Semoga awak tabah dan sabar menghadapi kerenah saya yang selalu menuntut awak memanjakan saya.

Pertemuan memang x nampak bila akan wujud, Kejauhan nie ujiannya. Sabar lah.

Maafkan saya sebab x boleh nak dapatkan awak seperti sebelum nie.

Saya sayang awak.

batasan

rase rindu tak x pernah hilang dalam diri n...keinginan untuk jumpe awk ckup tebal..tpi apa kn daya...ekonomi mnghalang utk sy dtg jmpe awk..call+msg je yg mmpu setakat n.... <3

07 July 2014

Luahan


Sayang,

kata2 di atas nie sungguh kena dengan diri saya :)

Saya dah kepenatan dalam segala cara, susah sangat ke nak menjaga hati dan perasaan saya?

Hingga saat nie saya masih menanti insan yang bernama lelaki memahami dan menghargai hati dan perasaan saya.

awak,

andai berdiam dan senyum awak rasa mampu menyelesaikan segala kekusutan, mungkin dengan senyuman dan berdiam juga akan membuatkan saya pasrah dan redho aje melepaskan awak suatu hari nanti.

Saya terus dan terus memberi peluang pada semua orang dan saya tetap menanti peluang agar ada yang menenangkan hati saya dan mengurangkan segala keberatan yang saya ada.

Bukan saya x rindu, bukan jugak saya x sayang. Tapi kerana semua nie saya kerap menyakitkan awak, Maafkan saya. :(

06 July 2014

berdiam

maafkn sy..sy pilih jalan berdiam.sbb sy x tau nk ckp.sy x reti nk pjuk.maafkn sy.

Rajuk

Awak,

Saya minta maaf, memang saya merajuk dan memilih untuk mendiamkan diri. Saya x nak sakitkan hati awak, tambahan saya memang rasa kecik hati dengan awak.

Saya faham awak ngantuk dan penat, salah saya jugak buat awak berjaga sampai 3 am untuk temankan saya. Saya x dapat nak terima ungkapan maaf awak dengan mudah. Awak kerap ucapkan tapi awak jugak kerap ulangi buat saya sedih. Klau dulu saya mudah memaafkan sebab awak kerja, tapi sekarang awak ada banyak free time n bleh ganti balik time rehat awak tu. Sedangkan saya memang waktu untuk spend time dengan awak memang terhad. Kalau saya x cari peluang atau dapatkan ruang, saya x mungkin dapat spend time dengan awak.

Awak tentu ingat awak kata, “sama2 kita usaha untuk x benarkan jarak nie jadi punca perpisahan”. Awak jugak ckap “ x nak apa yang berlaku antara saya dengan Rain or antara awak dengan ex awak, berlaku pada kita”. Tapi sedikit demi sedikit kejauhan nie semakin jauhkan saya dari awak.

Tak kira mcm mana kuat pun saya berpegang pada kenangan indah yang kita ada, saya tetap merasa sendirian. Walaupun hanya beberapa bulan kita sentiasa dekat dan awak sentiasa ada dengan saya, saya memang terkesan dengan ketiadaan awak dan jarak kita nie. Saya dah terbiasa dimanjakan awak dan terlalu bergantung pada awak. Rasanya ckup lah sampai sini aje keadaan nie berterusan. Saya kena belajar semula biasakan diri macam dulu, sebelum saya kenal awak, Saya kena belajar berdikari dan tabah semula. Saya x boleh berterusan berpaut pada awak. Lagi pun antara kita nie ntah apa akhirnya. Saya x kuat awak.

Awak jangan risaukan saya, saya ok aje. Cuma saya akan terus amik masa untuk diri saya dan pujuk hati sendiri. Hingga bila saya x tau. Saya bukan x sayang awak, tapi hati saya memang pedih sangat sekarang, Rasanya lambat lagi rajuk nie nak hilang.

Tapi awak, andai dalam tempuh nie hati awak berubah, atau keadaan awak berubah, bagitaulah saya, walaupun susah saya akan lepaskan awak dengan tabah.

Maafkan saya.


05 July 2014

berdiam

hari n sy dh buat awk sgt2 kecewa..maafkn sy...sy x reti nk pujuk awk.sbb tu sy diam.sbb sy tkot nk ckp dgn awk.tkot akn tmbh awk sakit hati..sy x reti nk susun ayat utk pujuk awk.yg sy reti hanyalah meminta maaf...sy diam bukan bermakna sy lepas tgn.tpi sbb sy x reti nk pjuk awk.sy x tau mcm mne nk ckp.yg sy tau mntk maaf je..

tidur

pg tdi awk call tpi sy x ckup tdo tu sy ckp kjap je.sy tau awk nk ckp dgn sy.tpi dlm keadaan mamai-mamai sy x pham ap yg cbe awk smpai kn.maafkn sy sbb pnting kn diri sy.sy tau awk rindu kn sy dan awk nk sy spend mse dgn awk...tpi tah la...sy n yg xpham.slalu pnting kn diri sndri..

Rindu

05/07/14

Sekejap je dah 5 hari bulan Julai berlalu.

Sayang,

saya sangat lelah menahan kerinduan yang memenuhi ruang dada dan minda saya nie. Rindu sangat dengan senyuman awak, gelak ketawa dan muka gabra awak tu.

walaupun kerap dapat dengar suara tapi kerinduan nie semakin menebal. Berat rasa badan saya yang bawak baby nie, lagi berat rasa hati saya bila terkenangkan awak jauh.

Saya x tau apa nak ckap sebenarnya akhir2 nie, Bila msg saya selalu kehilangan kata2 dan x dapat bagi tumpuan. Mungkin awak terasa keadaan nie. Maafkan saya ya yunk.

Jaga lah diri awak baik2, saya masih seperti dulu, sayang dan rindu awak, cuma saya x tau mcm mana nak luahkan.

Rutin harian saya tetap mcm biasa, x ada yang berubah, semua berkisar di sekitar anak2, mak saya dan keje. Hari nie tadi pegi cari baju raya anak2. Tudung dah dapat, cuma kasut je belum.

As for si kakak, tadi dia ckap mungkin akan cari tempat praktikal di area PD atau Sepang. Mcm mana pun belum diputuskan lagi.

Sayang, agaknya berapa lama lagi kita bakal x jumpa ya?

01 July 2014

kentang dan ayam

30/6/2014
sekian lama awak x menyakat saya kan..ari n puas awk nyakat sy kn..kes "kentang dgn ayam".dgr awk gelak ketawa ckup utk buat sy senyum..wlaupown kte x jmpe tpi sy blh byng kn muke awk senyum sbb brjaya menyakat sy kn..stiap hari awk akn call sy kn..tq syg. :)