Saya sangat runsing dan lemah tika nie…
Dugaan demi dugaan dan tekanan demi tekanan yang harus dihadapi, semua nya datang dari segenap penjuru. Kadang2 terfikir juga, saya x mampu mengharunginya sendirian. Siapa yang ada disisi dan membantu saya tika saya lemah begini.
Kerap kali saya ulangi difikiran, lari dari masalah, tinggalkan kehidupan yang amat berat nak dihadapi ini. Minda dan tubuh terasa amat penat. X mampu bertahan. Tapi hati selalu mengingatkan saya bukan pengecut yang gentar dan lari.
Merasa amat2 tertekan dengan sikap hubby, bila ditegur atau disuarakan apa yang pincang, bukan perbincangan dan sama2 berusaha hadapi masalah yang saya dapat, tapi amukan kemarahan dan tunjuk perasaan. Masalah tetap x selesai. Kalau x menyumbang pada penyelesaian sekurang2nya jangan lah menyumbang pada masalah dan tambah2kan lagi berat kepala saya.
Fine, sekarang dia bagi saya pegang bank card, tapi yang saya Nampak, punca masalah lebih besar bakal tiba. Selepas nie dia akan lebih boros dan lebih kerap meminta perbelanjaan, maklumlah kewangan saya control. Yang dia tau beres aje. Lagi sakit kepala la saya nak adjust budget sampai mana2 perkara yg tertunggak atau yg x settle di settlekan. Bukan sekejap tu, pasti amik masa yang agak lama. Dan mcm biasa, saya kena rolling n rolling without stop sampai boleh bernafas, kena pujuk anak2 utk belanja berhemah dan simpan2 duit yg diorang ada untuk kecemasan.
Tambah sakit kepala, baby bakal ada dan perbelanjaan bakal bertambah. Serentak segalanya berlaku, mak pulak operate 18/09/14 nie. Due date tiba 30/09/14. Saya rasa tempuh berpantang tu nanti dalam 2 minggu saya dah kena ligat uruskan semua urusan. Kalau harapkan hubby, confirm cash abis tapi banyak yg tak settle.
As my pregnancy, Kelinik kesihatan just call inform bad news. Last check up 17/07/14 aritu, result minum air gula saya x ok. Saya ada diabetic pulak. Lagi lah tambah susah hati. So 29/07/14 nie, saya kena puasa malamnya, 30/07/14, saya kena gi klinik 4 kali utk amik darah tiap 4 jam. 31/07/14 kena check up lagi n jumpa doctor pulak regarding pregnancy diabetic nie. Im scared awak, I am really scared.
X tau mcm mana nak describe perasaan runsing dan tertekan yang saya rasa. Saya rasa betul2 alone tika nie. Dan saya rasa semakin lemah dan lemah.
Why is it so hard for me to have a calm life, a happy life???
Until when saya kena sabar dan sabar sedangkan saya rasa x mampu dah?
Nampaknya saya kena fikir semula arah tuju kehidupan yang patut saya ambil. Saya kena setting priority dan hadapi satu persatu hingga saya mampu bernafas semula.

No comments:
Post a Comment