05/07/14
Sekejap je dah 5 hari bulan Julai berlalu.
Sayang,
saya sangat lelah menahan kerinduan yang memenuhi ruang dada dan minda saya nie. Rindu sangat dengan senyuman awak, gelak ketawa dan muka gabra awak tu.
walaupun kerap dapat dengar suara tapi kerinduan nie semakin menebal. Berat rasa badan saya yang bawak baby nie, lagi berat rasa hati saya bila terkenangkan awak jauh.
Saya x tau apa nak ckap sebenarnya akhir2 nie, Bila msg saya selalu kehilangan kata2 dan x dapat bagi tumpuan. Mungkin awak terasa keadaan nie. Maafkan saya ya yunk.
Jaga lah diri awak baik2, saya masih seperti dulu, sayang dan rindu awak, cuma saya x tau mcm mana nak luahkan.
Rutin harian saya tetap mcm biasa, x ada yang berubah, semua berkisar di sekitar anak2, mak saya dan keje. Hari nie tadi pegi cari baju raya anak2. Tudung dah dapat, cuma kasut je belum.
As for si kakak, tadi dia ckap mungkin akan cari tempat praktikal di area PD atau Sepang. Mcm mana pun belum diputuskan lagi.
Sayang, agaknya berapa lama lagi kita bakal x jumpa ya?

No comments:
Post a Comment