Search This Blog

31 December 2014

Berakhirnya sebuah mimpi

Hari ini adalah hari terakhir 2014.

Banyak yang berlaku di sepanjang tahun ini, ada suka ada duka.

Hati yang terluka masih tidak mampu memaafkan dengan redho.

Berusaha melupakan segalanya dan teruskan kehidupan,

Memang x mudah namun dengan izin allah aku akan survive.

dan pada kamu yang menyakitiku, semoga suatu hari nanti kamu akan sedar bahawa kamu telah kehilangan sebutir permata ketika sibuk mengejar kilauan kaca tak berharga.

Tahun 2014 akan menjadi titik tolak kepada permulaan untuk menambah baikkan diri sendiri.

Tahun 2015 adalah process menguji akan perubahan itu dan kejayaan nya

Ada yang lebih baik di lupakan, ada yang biarlah dalam kenangan dan ada yang wajib diperhati dengan penuh rasa minat dan keazaman.

Selamat tinggal 2014 dan Selamat datang 2015.

Semoga segalanya semakin indah hari demi hari.

Amin ya allah

27 August 2014

Sayang awak :)

sayang,

Terimakasih dan banyak2 bersabar menghadapi dugaan kali nie ya.

sayang
Ingatlah, sebaik-baik kita merancang, dia dah tetapkan perancangan terbaik buat kita. Mungkin sesuatu yang kita suka dan mahukan tu dia x bagi bila kita minta tapi dia pasti akan gantikan dengan sesuatu yang kita perlukan dan lebih baik untuk kita. Jangan sedih dan jangan x redho, terimalah segalanya dengan sabar dan bersyukur. Teruskanlah kehidupan walaupun adakala kehilangan semangat tika terlalu penat menghadapi masalah dan dugaan yang datang. Tersenyumlah walaupun pahit dan tawar. Insya allah, sayang akan rasa lebih baik dan lebih bersedia nak hadapi apa saje yang mendatang.

All the best untuk interview hari nie ya sayang. Cuma doa dari kejauhan yang dapat dititipkan. Semoga dipermudahkan.

Sayang

Hari ini mungkin last dapat tinggalkan pesanan buat sayang kat sini. Jagalah diri sayang baik2. Utamakan segala yang lebih penting. Tentang diri ini usahlah dirisaukan. Ketabahan itu milik ku kerna kamu sentiasa ada bersamaku di hati ini. Semoga rindu ini bakal bertaut kembali dipertemuan akan datang. Insya allah jika ada rezki dan panjang umur. Maafkan segala salah silap diri nie pada sayang. Terimakasih untuk segalanya. Pengorbanan dan kasih sayang mu x kan dilupakan hingga ke akhir hayat.

ayg sayang B

25 August 2014

Dont worry :)

Sayang

Jangan risaukan saya, I be ok. Sedang belajar untuk redho dan terima kenyataan. Mungkin akan ambil masa tapi saya akan survive keadaan nie. I luv u, Jaga diri B baik2 ya sayang.

24 August 2014

Maafkan saya + Buntu + kehilangan semangat

Sayang,

Saya x faham apa kekosongan yang awak rasakan, jadi saya x mampu nak bantu awak atasinya. Tapi saya berharap awak akan temui semula apa yang awak perlukan untuk isi kekosongan itu. Apa yang mampu saya lakukan Cuma bagi awak ruang dan buat yang terbaik untuk menceriakan awak semula.

Sayang,

Kedudukan awak sangat penting dalam hidup saya, dalam diri saya. X pernah sesaat pun saya lupakan awak bila keadaan saya mengizinkan. Tapi sayang, adakalanya walaupun ingatan itu tak pernah luput, tapi tubuh dan minda x mampu nak melakukannya. Saya banyak fikir dan selalunya saya x berkesempatan. Awak kan tau, sedang kan time tengah gaduh pun saya x mampu nak jauh2 dari awak lama2, dah tentu la time saya sihat dan ada peluang. Dah tentu la tiap masa saya nak bersama awak. Sebelum nie tika lalui saat sukar, walaupun lambat, saya tetap jugak cari awak. Jangan la fikir yang awak tu x penting dan x bernilai. Semua tu tanggapan salah. U r always someone important to me.

Saya diuji lagi, tapi ujian kali ini betul2 merentap semangat saya. Bakal kehilangan sesuatu yang amat berharga bagi seorang perempuan. Bakal kehilangan nikmat dan pengalaman indah sebagai seorang ibu. Bakal kecacatan dan x sempurna sebagai seorang isteri. 

Terimakasih ada untuk saya. Jangan la risau. Saya Cuma perlukan masa untuk mencerna segala kemungkinan yang bakal berlaku. I be alright in no time. Mungkin juga segalanya bakal berubah dan saya akan bersetuju dengan segala yang awak cadangkan masa kita dalam kereta di Tg.Lumpur dulu. Saya dah bertambah kekurangan awak. Saya rasa amat2 rendah diri dan x layak untuk bersama awak, x kiralah macam mana pun hati dan perasaan sayang saya pada awak. X kiralah berat nya seksaan andai saya terpaksa kehilangan awak n biarkan saje awak pergi dari saya.

22 August 2014

sory,kosong,kedudukan,take care,focus

sory...sy xtau npe sejak akhir2 n sy rse kosong sgt...xtau nk explain mcm mne...

kedudukan,
spe sy kt dlm diri awk ye????
mybe cara awk dan sy brbeza....klau awk nk simpan sgt psal smue yg trjadi ok xpe..klau sy x tnye ari tu knfem awk  x ckp yg awk msuk hspital kn....sepatut nye awk bg tau..tpi awk just senyap je x bg tau ap2..dh bpe kali gnie kn..klau rse sy x pnting ckp je la..xprlu nk tnjuk dlm cara trsirat gini..

take care
jge dri awk+baby elok2 ok..just focus on that 1st.

Janji saya (I will take care of myself)

Sayang,

Maaf selalu je buat awak risaukan saya, Dah la macam tu selalu pulak cari marah awak bila ada kesempatan nak spend time sama2.

Ntah lah, x tau apa yang berlaku dengan saya akhir-akhir nie. Dalam sayang saya menyakiti awak. Padahalnya keinginan nak buat awak happy tu bukan main tinggi, padahalnya kerinduan kat awak tu terasa seksa sangat nak diatasi. Tapi peliknya semakin sukar situasi yang nak dihadapi, semakin kerap pulak saya menjauhkan awak dari saya.

 

Sayang,

I feel unsecure, x kira mcm mana pun saya cuba, dihati kecil nie tetap merasakan saya akan kehilangan awak lambat atau cepat. Bila terasa mcm nie, saya akan terlebih sensitive. Selalu pujuk hati itu Cuma mainan fikiran aje tapi semakin teruk pulak rasa tu melanda terutama bila melihat perkara2 yang mengingatkan keadaan kita, kelemahan saya, kekurangan saya. Fikiran dan perasaan saya betul2 terganggu awak. Ke mana ntah sikap positif yang saya miliki selama nie.

Sayang,

Selama 2 hari saya x dapat contact awak, saya Cuma mengimbas kenangan lalu antara kita, baca msg2 antara kita dari we chat hinggalah ke Tagged. Adakala saya tersenyum lucu, ada kala senyum tapi hati rasa hiba dan sedih. Dari akak n mirul, change tu awak n saya, change tu yunk and now B and sayang. Mencari2 keikhlasan dari sebuah relation yang ntah dimana penghujungnya. Tertanya2 soalan pada diri adakah ini suatu kesilapan atau sememangnya apa yang dicari. Sebenarnya dari awal, awak dah menetap kan dan bagitau matlamat awak mendekati saya, tapi awak berubah sekitar pertengahan bulan March. Saya x pasti perubahan itu berlaku kerana hubungan intim yang berlaku antara kita atau sememangnya lahir dari hati kecil awak sendiri.

Dan akhir2 ini, selepas apa yang berlaku di Kuantan saya merasakan semula perubahan itu berlaku pada diri awak. Awak kembali menjadi Mirul pada bulan March yang lalu. Saya cuba faham, cuba menrasionalkan semua yang hadir kat fikiran saya nie. Tapi saya risau banyak perkara dan semakin saya cuba bertenang, semakin jelas yang saya kena bersedia kehilangan awak. U already make a clear statement.

Sayang,

X kira mcm mana takut, x kira mcm mana lemah, saya kena pujuk hati saya untuk menjadi lebih tabah, selepas nie mungkin segalanya saya kena hadapi sendirian, bukan bermakna awak dah x ada B, Kemungkinan awak berubah oleh keadaan disebabkan situasi tu semakin tinggi. Sekarang Cuma jarak dan kewangan yang menjadi halangan, akan datang akan tiba kekangan masa dan banyak lagi dugaan. Saya kena biasakan diri semula adapt segalanya mengikut kesesuaian masa awak walaupun awak kata awak x kisah, saya mesti lebih memahami. Lebih sedia buat pengorbanan dalam banyak perkara jika inginkan relation nie Berjaya.

Sayang,

Semoga awak Berjaya dalam interview hari nie, dah lama sangat awak tanam anggur kan. Hopefully boleh la cepat dapat hasilnya. Bila dah keje nanti, awak jagalah diri awak baik2, makan minum dan segala yang patut. Terus lah jadi anak yang baik dan mendengar kata. Isilah masa2 terluang dengan hobi awak yang boleh buat awak tersenyum gembira. Tentang saya usahlah dirisaukan. Taulah saya jaga diri. Hanya satu pinta saya, Jangan sesekali awak ragui kasih sayang saya untuk awak. Saya merindui awak dan menyayangi awak sepenuh dan seikhlas hati saya, dan tak pernah berkurang walau apa pun yang dah berlaku antara kita.

21 August 2014

jaga diri awak baik-baik

syg...dh 2 ari awk msuk hspital kn..tpi awk x ckp pown dgn sy smlm.....pg tdi awk bru nk ckp tu pown sy tnye..ptg n sy  xtau la awk dh kluar wad ke blm..sbb awk senyap je...xpela syg..sy pham.mybe awk x lrat..so jgn rsau psal sy ok.awk rsau kn psal diri awk :)

20 August 2014

rindu = memahami limitation

mse utk sy conctact awk only when u work..sgt2 singkt(not more than 8 hours per day)...btw its ok..cube phamo keadaan awk..menahan seorg diri...jge dri awk elok2 ok... stiap bulan akn ad 4 or 5 hari yg kte x blh nk cntct lngsng..tu time awk cuti la... :)

14 August 2014

Kelemahan saya bila menyayangi seseorang

Sayang,
Saya minta maaf sebab menbuat awak rasa tercabar tanpa saya sedari, sepatutnya saya tenang dan gembirakan hati awak setelah sekian lama kita tak berjumpa dan tak dapat habiskan masa bersama.

Saya x tau lah kenapa saya asyik menyakitkan hati awak sejak akhir-akhir ini. Saya selalu cari gaduh padahal sepatutnya kejauhan ini merapatkan kita, kerinduan ini sepatutnya mendekatkan hati kita. Salah saya kerana, saya terlalu memaksa dan terlalu berharap pada awak. Sayang, saya x suka perasaan cemburu, saya jadi begini sebab kurang keyakinan diri dan terlalu takut kehilangan awak. Saya cemburukan semua benda yang awak buat n semua org yg awak beri perhatian. Saya x suka perasaan nie, sebab saya jadi tamak dan mementingkan diri sendiri. Saya benci perasaan ini sebab kerananya saya melukakan hati awak.

Memang aneh bila kita terlalu menyayangi seseorang, adakalanya kita bertindak melampaui batas. Itu yg berlaku pada saya. Maafkan saya. Saya hampir2 kehilangan awak kerana saya mencabar kesabaran awak melayan kerenah saya.

Sepatutnya saya manfaatkan masa2 singkat yang ada untuk bersama awak selagi ada peluang, x kiralah lama atau sekejap. Saya sepatutnya bersyukur saya dapat sentuh dan tatap awak meleraikan kerinduan tapi saya memang bodoh, saya sia-siakan peluang yang saya ada. Hingga buat awak putus asa pada diri sendiri kerana menyayangi saya.

Banyak yang awak katakan dan luahkan kali ini. Banyak juga perkara yg awak katakan itu membuatkan saya berfikir dan hancurkan hati saya. Bukan kerana terluka dengan perkara2 yang awak putuskan tapi hati saya hancur bila terkenangkan sebanyak mana awak bersabar menghadapi sikap dan kerenah saya namun saya masih tetap tak tau menghargai. Hati saya hancur bila mengenangkan diri saya memang tak tau bersyukur, bila awak berusaha memenuhi permintaan saya walaupun awak hadapi kesukaran dan terpaksa menjaga hati ramai orang. Ampunkan saya, sayang.

Banyak pengorbanan awak pada saya sebenarnya, Cuma saya yang tak sedar dan x prihatin. Awak sanggup lupakan apa yang awak cari dan tujuan awak masuk tagged hanya kerana kenal saya. Awak berkorban bersusah demi nak jaga hati saya, apa yang saya buat hanyalah menyakitkan hati awak. Dah la saya x mampu nak bagi kemewahan malahan saya x dapat puaskan pun permintaan batin awak. Still awak jaga hati saya dan utamakan saya.

Macam tu juga dengan minat awak, sepatutnya duit yang awak belanjakan tika bersama saya, dihabiskan atau pun disimpan untuk memenuhi hobi awak, tapi kerana saya, awak sanggup ketepikan semua tu dan habiskan masa dengan saya. Semua sebab saya x menyokong minat awak, semua sebab saya bimbang keselamatan awak n x nak berjauhan dengan awak lama2. Tapi sayang, yang saya x sedar, awak x gembira. Sekarang saya sedar, saya x boleh halang semua tu untuk gembirakan hati sendiri, saya sepatutnya sokong minat awak, sebab saya akan merasa tempias perasaan happy yang awak rasa bila minat awak tu tertunai. Cuma sepatutnya saya menasihati supaya awak berhati2 aje.

Tika nie saya x pasti apa sebenarnya perasaan awak pada saya, Samada masih sayang atau awak hanya tunggu masa untuk menjauhkan diri sebab saya tau prinsip awak dan pendirian awak. Dah banyak kali awak tegaskan pada saya keputusan awak muktamad dan ini perpisahan terakhir bagi kita sebab awak berputus asa pada diri awak.  Ntah kenapa hati kecil saya berkata awak Cuma bagi masa untuk saya bersedia hingga baby lahir untuk awak biarkan saya sendirian tanpa awak. Masih terngiang-ngiang lagi ditelinga saya awak kata: saya akan bz kalau dah ada baby dan x kan terasa kehilangan awak. Patutkah saya merasa takut n bersedia kehilangan awak sayang? Walaupun saya x bersetuju dengan perpisahan yang bakal berlaku.

Sayang,
Saya tau dan faham kesalahan saya, maafkan saya, berilah saya peluang untuk terus berada disisi awak, walaupun kita dah x seperti dulu, walaupun awak dah ada sugar mummy yg kaya raya, walaupun awak dah ada tempat untuk melunaskan nafkah batin awak, walaupun awak cuma cintakan kelajuan dan hobi memancing awak, dan akhir sekali walaupun suatu tika nanti awak dah ada insan yang bernama isteri yang membahagiakan awak. Saya merayu pada awak, izinkan saya terus menyayangi awak dari jauh dan sentiasa ada disisi awak tika awak perlukan seseorang, tika awak susah dan berduka. X apa lah kalau awak lupakan saya tika awak senang dan gembira. Tolonglah…saya tak pernah merayu, tapi ironinya ini dah kali ke-3 saya merayu pada awak. Jangan lah awak Tanya kenapa sebab saya x ada jawapannya. Yang saya tahu saya x mampu nak kehilangan awak.

Sayang,
X kira macam mana pun saya pujuk hati untuk tabah dan senyum, saya x mampu. Masa saya jumpa awak di Tg.Lumpur, Saya berusaha bersedia dan tersenyum, saya x nak awak Nampak airmata saya. Ikutkan hati saya, saya x nak awak Nampak saya lemah dan x berdaya mcm tu. Tapi airmata saya tetap gugur juga, bila awak kata, awak let me go just sebab awak nak balik ke basic, kejar kemewahan n sugar mummy. Dunia saya rasa sunyi, sepi, saya rasa gelap dan mcm kaca terhempas, badan saya menggigil menahan tangis, airmata saya sama lebat mcm air hujan. Nasiblah saya tengah duduk tika tu, kalau saya berdiri dah tentu saya jatuh terduduk, kaki saya betul2 lemah. Saya bersyukur tika awak dah keluar dari kereta sebab saya tak nak awak tengok betapa lemahnya saya tika tu. tapi awak datang balik. Kenapa awak?. Awak kata biarlah awak kejam sekarang, kenapa awak kembali dan tengok saya dalam keadaan saya yang begitu. Walaupun saya x kuat, saya tabahkan hati untuk drive. Yg saya ingat saya kena balik ke banglo. Saya terlupa nak bernafas dan nasib baik saya x tumpah darah sebab memang saya merasa perasaan saya x terkawal. Awalnya saya fikir nak cari klinik atau hospital tapi saya x boleh sebab kalau jadi apa2. Dah tentu awak akan kesalkan diri awak. Saya yakinkan diri untuk bertenang dan cepat2 balik untuk makan ubat yang doctor bekalkan. Alhamdulillah x ada apa yg berlaku walaupun darah ada keluar agak membimbangkan. Selepas makan ubat dan berbaring ianya berhenti. Maaf lah tika tu saya x ckap dengan awak, saya tau awak akan risau dan lebih risau kalau x dapat nak buat apa2.
Sebenarnya malam tu tika jumpa awak, saya memang ada 1500 cash dalam tangan saya. Dan tika saya Tanya awak, awak nak duit atau tak, awak kata awak x nak dan berkeras x nak terima pemberian saya lagi. X nak terhutang budi dan terpaksa membayar dengan hati. Saya saje tak bagitau berapa yang saya ada, sebab saya x nak duit akan jadi sebab untuk awak terpaksa terus stay dengan saya dan terima saya. Dan saya x nak, awak rasa tercabar dan rasa mcm saya nak beli kasih sayang awak dengan duit saya atau seolah-olah saya beli harga diri awak untuk bersama saya. Dan awak tentu dah tau, saya x kan berikan apa saje yang awak minta sepenuhnya bila awak minta. Saya akan beri berapa saya ikhlas, nak tau sebabnya, saya x nak nanti hati saya merasa x ikhlas dan redho bila saya perlu menghalalkan dan merelakan perpisahan andai terjadi antara kita. Pada saya duit akan menjadi darah daging, saya beri pada org yg saya nak beri dengan ikhlas dan x harapkan ianya dikembalikan. Allah bukakan hati saya memberi sebab ada rezki orang tu dari diri saya J.

Semoga awak tenang dan dipermudahkan menjawap segala soalan temuduga esok. Semoga awak dapat keje tu dan boleh capai segala yang awak cita2kan. Tentang saya usah la awak risau. Saya tetap disini, sentiasa ada untuk awak, sentiasa menyayangi awak yg x ada apa2. Sebab yang saya sayangi adalah Eumirul Faiz’s, yang x ada apa2 nie, bukannya Eumirul Faiz’s yang bakal memiliki segala yang dia mahukan dan cita2 kan. Ckuplah andai saya dapat bersama Eumirul Faiz’s yg saya sayang tika dia susah dan sentiasa tersenyum ceria. Eumirul Faiz’s yang ada motor kapcai SYM aje. Rindunya dengan Eumirul Fiaz’s saya yang manja dan nakal tu. Saya x layak nak berganding dengan Eumirul Faiz’s yg ber RR skrg atau superbike akan datang, saya terlalu banyak  kekurangan. Bimbang akan memalukan dia nanti dengan kelemahan saya.

In shaa allah saya akan ok. Jangan risaukan saya. Saya sayang awak B.

10 August 2014

kefahaman+perbezaan+kenyataan+komitmen

sy x nk ckp banyak.sy pown x blh nk ckp bnyk.
ad prbezaan..komitmen?persendirian?
bnde yg berbeza..
org tua sy tau ap yg diorg blh buat mse sy belum kawin dan dah kawin.
"im same with ur hubby"
"sy ank mak"
"sy x reti pjuk awk"
"sy x reti about make love(foreplay)"
"sy slalu sakiti ati awk"
"sy x pnah make effort utk our relationship"
...................
................................
.....................................
..........................
.....................................
........................
.......................
...................................
............................................
(sy dh sdie kn tmpt kosong tu tlg la tmbh lg ap kelemahan sy)

sory mlm n ego sy trcabar.so sy xnk ckp apa-apa..lg baik sy diam sy tido.knfem esk ati sy ok.


05 August 2014

Kenyataan


Awak,

kenyataan memang pahit dan pedih bila kena telan. Macam tu la yang saya rasa sekarang.

Saya rasa diri saya memang dah x disayangi lagi macam sebelum nie.

Maafkan saya, saya dah x mampu nak jaga hati awak n puaskan hati awak.

Hati saya sgt2 terluka tika nie

Awak memang dah x sayang saya, itu kenyataan pasti dan kesimpulan yang saya dapat sejak akhir2 nie

Saya berserah pada takdir, saya redho aje apa yg berlaku.

Memang terasa sakit sekarang nie...hati saya hancur berderai tapi saya tetap nak tatap wajah awak dari dekat buat kali terakhir in shaa allah.

Saya bukan berputus asa pada kasih syg saya pada awak, cuma saya memberi ruang awak bernafas tanpa saya jadi gangguan dan tekanan kat awak.

Sekali lagi saya nak katakan pada awak, izinkanlah saya merawat luka hati saya, saya bagi awak ruang dan peluang untuk awak penuhi segala yang awak cita2kan dan mahukan dalam hidup awak, walaupun saya x ada dalam picture tu semua suatu ketika nanti.

Saya sedar kekurangan saya, perbezaan antara kita, jurang pemikiran dan keutamaan antara kita. Saya doakan semoga allah permudahkan awak temui insan sempurna yang melengkapi hidup awak, semoga awak berbahagia dan gembira selalu. Semoga allah ambil semula segalanya berkenaan saya yg ada pada awak supaya awak lupakan saya dan x berduka.

Anggaplah semua yg berlaku antara awak, saya dan baby cuma mimpi buruk yang x bermakna.

Teruskanlah kehidupan awak dan lupakan kami,

Jangan risaukan saya, biarlah saya terus mcm nie. sendirian dan x de siapa yg kisah pun. Jagalah diri awak baik2.

Saya sayang awak

27 July 2014

Selamat Hari Raya


Sayang,

Maafkan segala salah silap saya pada awak, segala kekasaran kata2 dan perbuatan.
Redhokan dan halalkan segala yang awak dah berikan saya disepanjang kasih sayang kita,

Sayang,

Di musim perayaan nie hati2 lah dijalanraya,
Saya dan baby bakal ada di rumah aje.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

p/s: Indah kan kalau raya nie kita dapat raikan bersama. Bersalaman dan kiss tangan awak seperti sebelumnya :)

25 July 2014

Dugaan


Saya sangat runsing dan lemah tika nie…

Dugaan demi dugaan dan tekanan demi tekanan yang harus dihadapi, semua nya datang dari segenap penjuru. Kadang2 terfikir juga, saya x mampu mengharunginya sendirian. Siapa yang ada disisi dan membantu saya tika saya lemah begini.

Kerap kali saya ulangi difikiran, lari dari masalah, tinggalkan kehidupan yang amat berat nak dihadapi ini. Minda dan tubuh terasa amat penat. X mampu bertahan. Tapi hati selalu mengingatkan saya bukan pengecut yang gentar dan lari.

Merasa amat2 tertekan dengan sikap hubby, bila ditegur atau disuarakan apa yang pincang, bukan perbincangan dan sama2 berusaha hadapi masalah yang saya dapat, tapi amukan kemarahan dan tunjuk perasaan.  Masalah tetap x selesai. Kalau x menyumbang pada penyelesaian sekurang2nya jangan lah menyumbang pada masalah dan tambah2kan lagi berat kepala saya.

Fine, sekarang dia bagi saya pegang bank card, tapi yang saya Nampak, punca masalah lebih besar bakal tiba. Selepas nie dia akan lebih boros dan lebih kerap meminta perbelanjaan, maklumlah kewangan saya control. Yang dia tau beres aje. Lagi sakit kepala la saya nak adjust budget sampai mana2 perkara yg tertunggak atau yg x settle di settlekan. Bukan sekejap tu, pasti amik masa yang agak lama. Dan mcm biasa, saya kena rolling n rolling without stop sampai boleh bernafas, kena pujuk anak2 utk belanja berhemah dan simpan2 duit yg diorang ada untuk kecemasan.

Tambah sakit kepala, baby bakal ada dan perbelanjaan bakal bertambah. Serentak segalanya berlaku, mak pulak operate 18/09/14 nie. Due date tiba 30/09/14. Saya rasa tempuh berpantang tu nanti dalam 2 minggu saya dah kena ligat uruskan semua urusan. Kalau harapkan hubby, confirm cash abis tapi banyak yg tak settle.

As my pregnancy, Kelinik kesihatan just call inform bad news. Last check up 17/07/14 aritu, result minum air gula saya x ok. Saya ada diabetic pulak. Lagi lah tambah susah hati. So 29/07/14 nie, saya kena puasa malamnya, 30/07/14, saya kena gi klinik 4 kali utk amik darah tiap 4 jam. 31/07/14 kena check up lagi n jumpa doctor pulak regarding pregnancy diabetic nie. Im scared awak, I am really scared.

X tau mcm mana nak describe perasaan runsing dan tertekan yang saya rasa. Saya rasa betul2 alone tika nie. Dan saya rasa semakin lemah dan lemah.

Why is it so hard for me to have a calm life, a happy life???

Until when saya kena sabar dan sabar sedangkan saya rasa x mampu dah?

Nampaknya saya kena fikir semula arah tuju kehidupan yang patut saya ambil. Saya kena setting priority dan hadapi satu persatu hingga saya mampu bernafas semula.

23 July 2014

Life




Saya x mampu menjadi teman ketawa atau menangis,
Jadi saya tak berhak memilikinya,

Saya x mampu buat sesiapa rasa bahagia dan hanya mampu menambah derita,
Jadi saya x berhak untuk tersenyum kebahagiaan walaupun hanya sesaat.

Saya x mampu mengubati luka malahan hanya menambah luka demi luka,
Jadi saya memang berhak untuk dilukai dan terluka

Saya faham awak sibuk seminggu dua nie, saya pun faham sgt ekonomi dunia awak meleset dan awak x dapat nak spend time dengan saya seperti dulu.  Tapi kenapa bila saya kata, Im giving U a time, awak berkeras x perlu.

Tipu lah kalau saya kata saya ok, Bohonglah kalau saya kata saya x kisah, sedangkan sebenarnya sekarang saya rasa saya semakin jauh n jauh dari awak. Saya rasa diabaikan. Saya rasa dilupakan

Saya x suka merasa tergantung mcm nie, antara ada dan tiada. Saya sentiasa mahukan kepastian, saya sentiasa nak dimanjakan, saya selalu nak awak ada untuk saya. saya akui, semakin kurang keyakinan dan tawar hati.

Jangan awak fikir sebab ada sesiapa atau apa saja. Memang betul lah saya pernah kata "awak x takut ke kalau ada org lain yang buat mcm awak ketika saya dengan Rain?". Saya perlukan dan mahukan perhatian, itu yg Rain x boleh beri, dan nampaknya awak pun bakal ikut jejak langkah dia. The more I need U, and much more U are not around for me.

Mcm saya ckap awal tadi, saya faham awak sibuk, tapi x kan lah reply msg pun x sempat. Not all the time at least x lah senyap the whole day. kalau alasan saya kat umah, awak x nak ganggu dan sebagainya sebabkan awak x msg.  Tetapkan syarat n guideline so I wont bother U in all the time stated. x kan x boleh msg when U are free.

hari tu bila saya kata, baik kita set time, jalani hidup masing2 than bila time yg diset tu sampai, if rasa still luv n need each other, we think about it. awak x setuju, awak x nak. But sekarang nie saya dah x sure dah.

Semakin saya fikir-fikir, semakin saya sedar yang awak sebenarnya keliru dan x perlukan saya dalam hidup awak tapi saya yang memerlukan awak dalam hidup saya. Ckup2lah awak berkorban untuk saya. tanyalah dan semaklah hati awak tu, awak sebenarnya x sayangkan saya, awak cuma kesian dan simpati.

awak, Selamat berjaya interview esok, Semoga awak dapat keje tu.

Lupakanlah seketika saya dan fokuslah dengan bina life awak.

Saya x suka diri saya jadi penghalang langkah awak. Kalau ada nanti, adalah. Saya terlalu takut nak fikir apa2 dan mengharap keajaiban berlaku sekarang nie.

Its true age is not just a number after all.

Its true if I luv someone so much I need to be brave and let go, n if that someone still return to me than he be mine forever.

Its true I can get hurt if luv and miss someone so much. Im learning the lesson (hard)

Saya tau awak baca nie dengan perasaan bercampur2. Kalau awak nak ckap apa2 U know how to find me. I will be listening. If awak senyap aje, mayb saya andaikan awak setuju dengan semua yg saya katakan dan x nak saya dah.

Mayb saya akan teruskan life saya n move on. Bukan senang coz I need U n Luv U so much tapi terpaksalah....

18 July 2014

Masa


Dah tentu la saya macam tu, x pernah lupa.

Sentiasa memikirkan kamu,
yang bertahta di hati,
berharap di pertemukan walau cuma dalam mimpi,
 kerana rindu yang tak bertepi.

Sentiasa teringatkan kenangan manis dan pahit,
Gurau senda, rajuk dan resah melanda hati,
Tertanya - tanya perkhabaran dan keadaan,
Berharap insan tersayang jua tengah mengingati.

Duhai hati bersabarlah sayang,
Inilah adat orang merindu,
Berkasih sayang umpama ombak dan pantai,
Berulang-ulang pertemuan dan perpisahan,
Kadang tenang dan kadang gelora,

Duhai jiwa bertabahlah,
Bertahan menghadapi ujian yang x lelah menduga,
Semoga semakin kental mengharungi kehidupan.
Semoga pahit akan manis akhirnya

Faiz's saya sayang awak

16 July 2014

Saya pun x ske sangat



Yunk, maafkan saya. Hanya tu yang mampu saya katakan. Samada awak jauh atau dekat saya tetap terfikirkan perkara2 tu semua. Cuma bila dekat, perasaan curiga tu kurang ckit, bila jauh ianya makin kuat. Mayb sebab x Nampak, mayb sebab loosing faith. Mayb hati belajar untuk redho perlahan2.

Sebenarnya bila difikirkan semula, andai benar berlaku pun, saya x boleh nak kata apa2. Yang boleh saya buat Cuma buat pilihan samada nak stay or just walk away, sebab itu tandanya awak dah x perlukan saya lagi. Biarlah saya sedih sekarang dari saya sedih bila perkara tu berlaku dan saya x bersedia. Sekurang2nya awak dah tau pendirian saya dan jika ianya masih berlaku juga, bermakna awak sendiri faham bahawa saya dah x penting dah dalam hidup awak. Jangan tunggu saya dapat tau sendiri, just bagitau aje directly kat saya n saya akan faham its time for me to go.

Yunk, dapat keje nak main moto n mancing ea? Any plan about us? No????

Saya doakan cepatlah awak dapat keje. N kalau dapat biarlah jauh dari saya macam sekarang. Nanti bila awak dah puas main moto n mancing, baru fikir about us, tu pun kalau ada lagi “US”. Kalau masih teringat. Kalau x terlupa n hilang ingatan atas sebab2 x sengaja atau disengajakan.

Tiba2 teringat awak pernah kata kalau saya give birth, awak nak jumpa saya n baby kat hospital. Tinggal anganan sebab dah tentu awak jauh n x de dengan kami. See lots of thing being said but it could not happen. Macam mana nak expect things that don’t think n don’t see will never happen? Tu pun kalau awak faham la maksud saya.  

After all eumirul Faiz’s, rindu dan cemburu nie meletihkan. Walaupun kasih dan sayang tu tetap di hati tapi airmata yang jatuh tu, menghakis rasa yang ada macam air yang menghakis batu, mcm air laut yg menghempas pantai…. Awaklah air laut tu dan saya lah pasir halus kat pantai. Perasaan nie ombaknya.

15 July 2014

tak suke sangat

yunkk..npe awk suke pkir yg sy akn make love dgn org lain..sy sndri x pnah pkir smue tu..sy xske ckp psal bnde n sbb sy xpnah trpikir pown psal tu...scre jujur nye lpas n klau dpt kje..sy dh pkir..sy nk start main moto dgn join trip mncing smule..dh lme dh x mncing dgn main moto.sy akn mncari kelajuan tu blik smule..sy x tau nk buat mcm mne spye awk ckp sy..xpela..sy x nk mrah awk or apa-apa...sy blja relax dan sabo..maaf kn sy...

13 July 2014

Yunk

sayang,

Hati digamit rindu yang x berpenghujung,

Namun saya resah gelisah, memikirkan apakah pengakhiran antara kita.

Beberapa hari kebelakangan nie banyak perkara yang tak terduga berlaku, sekian kalinya saya hampir2 terpaksa melepaskan awak dengan kepedihan dihati.  Hingga bila saya mampu bertahan awak?

Saya betul2 lemah dan x ada ketabahan kini, airmata usah ceritalah, dah jadi teman setia pulak.

Saya berdoa moga awak cepat memulakan kehidupan baru, dapat kerja dan sebagainya, kejauhan nie memang buat saya rasa teruji, saya cuba untuk bertabah walaupun semakin lama, semakin x berdaya rasanya.

Bukan saya x faham keadaan awak, tapi sesungguhnya saya memang mudah pecah saat berjauhan dengan awak. Mcm2  perkara yang saya terfikir, kebanyakkan yang buruk2 aje. Macam mana ya klau apa yang saya fikirkan tu jadi kenyataan? Boleh ke saya teruskan kehidupan saya tanpa awak dan memaafkan awak seperti mereka2 yang kecewakan saya sebelum nie?

Saat nie, ketika nie awak yakin dengan pendirian dan perasaan awak, masalah nya saya yang terus terusan hilang keyakinan. Saya betul2 letih fizikal dan mental tika nie.

Awak,
Andai sesuatu terjadi, terus lah ada disisi saya, klau pun bukan sebagai org yang disayang, ckuplah doakan sebagai seorang kawan. I need U.



11 July 2014

Maafkan saya awak


Sayang,

Maafkan saya, saya bakal kehilangan awak samada saya suka atau x.

Marah lah saya, Bencilah saya, saya x dapat nak jelaskan pada awak kenapa saya terpaksa jua melepaskan awak.

Hati saya hancur dan terluka tika saya menyakitkan hati awak mcm nie....

Bukan mudah membiarkan awak tertanya2 mcm nie tanpa penjelasan, saya sayang dan rindu awak sangat2, Tapi sekarang saya dalam keadaan x berdaya awak.

Yang mampu saya buat tika nie, berdoa semoga segala  yang bakal berlaku saya akan terus tabah menghadapinya, andai awak yang terbaik buat saya, permudahkanlah awak dapatkan saya, andai saya keburukkan bagi awak, permudahkanlah awak lupakan saya dan pertemukan awak dengan insan yang lebih baik. Maafkan saya.

Sayang,
Saya x pernah berhenti sayangkan awak, Tiap saat merindukan awak, Jagalah diri awak baik2, sebab saya x mampu nak jaga awak seperti sebelum nie. Semoga tika ditakdirkan berjumpa suatu hari nanti, awak memiliki segalanya yang terbaik.

I luv U so much Mohammad Eumirul Faiz's. 

10 July 2014

My soulmate

Sayang,

Rindu serindu-rindunya hati pada awak, maafkan saya ya awak. Kini awak pelajari pula ketawa diiringi airmata. Bukan airmata kegembiraan tapi kepedihan dalam menahan perasaan. Selalunya saya hanya tersenyum tapi airmata basah di hati, Kini awak dah alami sendiri dan awak dah faham maksud saya.

Dalam kehidupan ini, kita selalu buat perkara-perkara yang x masuk akal bila menyayangi seseorang. Kita pun selalu berfikir perkara yang bukan2, ntah dari mana idea2 gila dan adakala melukakan itu muncul. Mungkin kerana perasaan terlalu sayang dan takut, mungkin juga sebab rindu yang disulami cemburu yang menebal, Tapi selagi kita sama2 berusaha mendengar dan berbincang seperti sekarang, in shaa allah, kita akan terus bersama.

Sejak akhir2 nie awak selalu kata, saya buat awak pening kepala. Hahaha…

Saya tau, kenakalan saya, kemanjaan saya dan ketegasan yang x bertempat saya, buat emosi awak naik turun. Ada masa awak terasa hanyut dibuai perasaan indah dan ada masa awak seksa menahan perasaan geram kerana kerenah n usikkan saya yg x bernoktah. Ada masanya awak terdiam dan x tau nak bereaksi bila saya bertegas dengan pendirian saya. Yunk, sebab tu lah awak tertarik sangat nak mendekati saya. Awak sentiasa rasa masih banyak yang awak nak terokai tentang sikap dan kerenah saya. Nampak mcm mudah dibaca dan difahami, Tapi semakin dalam awak dekati semakin keliru awak rasa, semakin keinginan memiliki tu bertambah kuat.

Saya amat bersyukur if awak rasa, I make Ur soul always feel alive.

Saya dah tengok website De Rhu Resort, Location yang sama dengan Kuantan Banglo, Dua2 pun terletak kat Beserah.  Saya ada jugak cuba tengok rate nya untuk 4D3N, kat hotel website RM480, Kat booking.com pun sama price. Tu pun utk Superior, Klau Deluxe tentu lebih lagi. It must be nice if we could spend the available time tu togetherkan? It would be awesome klau saya Cuma datang untuk kelas je kat seminar tu n x yah tido sana. Abis kelas saya boleh balik spend time together dengan awak. Tapi rasanya x boleh kot. Macam mana pun awak tetap kena balik umah n saya x confirm lagi pegi ke x.

Apapun semua tu hanya perkara2 yang muncul difikiran aje J

Kita tengoklah keadaan mcm mana nanti.


09 July 2014

ketawa+air mata

syg.skrang bru sy sedar.mcm mne gurau yg nmpk mcm biase tpi pedih..mcm mlm smlm.kate2 awk ckup utk buat sy terasa..dgn keadaan kite skrang..mmg sy tkot..tkot bnde tu jdi btol2..sy tau bnde tu gurau..tpi tah la hati..die mudah sgt tersentuh smlm..maafkn sy ckp ksar dgn awk smlm..sy syg awk...

Selasa


Sayang,

Pagi tadi memang terasa mengantuk sangat dan x sihat, dalam jam 5.45am saya pergi 2nd break dan terlena sekejap. Lena yang dihiasi mimpi buruk. Ntah kenapa saya bermimpi mcm tu, sedangkan saya pun x fikir apa2.

Turun dari atas ke Skyway saya tumpang adik bongsu saya. Since pagi tadi, drive nak sampai ke rumah tu pun rasa seksa yang amat. Sampai2 je kat umah, letak bag, terus je terbaring sebelah hubby kat hall dalam setengah jam kot, betul2 pening. Hubby pun terperanjat. Hari nie masa saya dipenuhi dengan tido dan terbaring lesu, saya betul2 rasa x sihat dan lemah. Alhamdulillah Berjaya juga saya menyempurnakan puasa.

Petang tadi sekitar 6.00pm baru saya terjaga, mandi2 than adik saya bawa gi berbuka kat umah mak, sebab mak dah siap masak, dia tau saya x sihat. Tadi naik keje pun pegi dengan si Acu n si adik. Lepas tu adik balik ke umah dengan hubby. Kereta tinggal kat skyway. But still no choice, malam nie x de manpower, have to work. Maafkan saya ya awak. Maaf buat awak risau.

Masuk keje nie tadi Manager bagitau tarikh seminar Kuantan bakal dipinda lagi. X pasti saya kena pegi batch mana, it seems x boleh nak elak. Have to go jugak. Saya x boleh bermalam di luar. Tapi sebelah malamnya waktu dinner, maybe saya boleh jumpa awak. Ada rezki adalah. X de rezki nak buat mcm manakan. Sabar ajelah dengan kerinduan yang x bertepi nie.

Awak, awak kena cari keje jugak, klau x nanti, mcm mana awak nak belanja saya kan, klau saya gi kuantan kan? J

08 July 2014

sepi

kenapa hari ni awk senyap je ye..sy anta msg awk x bls..sy nk call tkot gngu awk kt rumah..jdi sy hnye tggu je la..awk  x sihat ke...awk ad prblem ke..apa-apa pown sy rindu awk sgt2...sy msih tertanya-tanya...npe awk diam je ari n...



Rindu


Sayang,

Rindu pun x pernah penat jadi tetamu hati saya, Rindu pada awak yang saya kasihi.

Walaupun dalam rajuk, x pernah pun berkurang perasaan rindu malahan lebih kuat,

Semoga awak tabah dan sabar menghadapi kerenah saya yang selalu menuntut awak memanjakan saya.

Pertemuan memang x nampak bila akan wujud, Kejauhan nie ujiannya. Sabar lah.

Maafkan saya sebab x boleh nak dapatkan awak seperti sebelum nie.

Saya sayang awak.

batasan

rase rindu tak x pernah hilang dalam diri n...keinginan untuk jumpe awk ckup tebal..tpi apa kn daya...ekonomi mnghalang utk sy dtg jmpe awk..call+msg je yg mmpu setakat n.... <3

07 July 2014

Luahan


Sayang,

kata2 di atas nie sungguh kena dengan diri saya :)

Saya dah kepenatan dalam segala cara, susah sangat ke nak menjaga hati dan perasaan saya?

Hingga saat nie saya masih menanti insan yang bernama lelaki memahami dan menghargai hati dan perasaan saya.

awak,

andai berdiam dan senyum awak rasa mampu menyelesaikan segala kekusutan, mungkin dengan senyuman dan berdiam juga akan membuatkan saya pasrah dan redho aje melepaskan awak suatu hari nanti.

Saya terus dan terus memberi peluang pada semua orang dan saya tetap menanti peluang agar ada yang menenangkan hati saya dan mengurangkan segala keberatan yang saya ada.

Bukan saya x rindu, bukan jugak saya x sayang. Tapi kerana semua nie saya kerap menyakitkan awak, Maafkan saya. :(

06 July 2014

berdiam

maafkn sy..sy pilih jalan berdiam.sbb sy x tau nk ckp.sy x reti nk pjuk.maafkn sy.

Rajuk

Awak,

Saya minta maaf, memang saya merajuk dan memilih untuk mendiamkan diri. Saya x nak sakitkan hati awak, tambahan saya memang rasa kecik hati dengan awak.

Saya faham awak ngantuk dan penat, salah saya jugak buat awak berjaga sampai 3 am untuk temankan saya. Saya x dapat nak terima ungkapan maaf awak dengan mudah. Awak kerap ucapkan tapi awak jugak kerap ulangi buat saya sedih. Klau dulu saya mudah memaafkan sebab awak kerja, tapi sekarang awak ada banyak free time n bleh ganti balik time rehat awak tu. Sedangkan saya memang waktu untuk spend time dengan awak memang terhad. Kalau saya x cari peluang atau dapatkan ruang, saya x mungkin dapat spend time dengan awak.

Awak tentu ingat awak kata, “sama2 kita usaha untuk x benarkan jarak nie jadi punca perpisahan”. Awak jugak ckap “ x nak apa yang berlaku antara saya dengan Rain or antara awak dengan ex awak, berlaku pada kita”. Tapi sedikit demi sedikit kejauhan nie semakin jauhkan saya dari awak.

Tak kira mcm mana kuat pun saya berpegang pada kenangan indah yang kita ada, saya tetap merasa sendirian. Walaupun hanya beberapa bulan kita sentiasa dekat dan awak sentiasa ada dengan saya, saya memang terkesan dengan ketiadaan awak dan jarak kita nie. Saya dah terbiasa dimanjakan awak dan terlalu bergantung pada awak. Rasanya ckup lah sampai sini aje keadaan nie berterusan. Saya kena belajar semula biasakan diri macam dulu, sebelum saya kenal awak, Saya kena belajar berdikari dan tabah semula. Saya x boleh berterusan berpaut pada awak. Lagi pun antara kita nie ntah apa akhirnya. Saya x kuat awak.

Awak jangan risaukan saya, saya ok aje. Cuma saya akan terus amik masa untuk diri saya dan pujuk hati sendiri. Hingga bila saya x tau. Saya bukan x sayang awak, tapi hati saya memang pedih sangat sekarang, Rasanya lambat lagi rajuk nie nak hilang.

Tapi awak, andai dalam tempuh nie hati awak berubah, atau keadaan awak berubah, bagitaulah saya, walaupun susah saya akan lepaskan awak dengan tabah.

Maafkan saya.


05 July 2014

berdiam

hari n sy dh buat awk sgt2 kecewa..maafkn sy...sy x reti nk pujuk awk.sbb tu sy diam.sbb sy tkot nk ckp dgn awk.tkot akn tmbh awk sakit hati..sy x reti nk susun ayat utk pujuk awk.yg sy reti hanyalah meminta maaf...sy diam bukan bermakna sy lepas tgn.tpi sbb sy x reti nk pjuk awk.sy x tau mcm mne nk ckp.yg sy tau mntk maaf je..

tidur

pg tdi awk call tpi sy x ckup tdo tu sy ckp kjap je.sy tau awk nk ckp dgn sy.tpi dlm keadaan mamai-mamai sy x pham ap yg cbe awk smpai kn.maafkn sy sbb pnting kn diri sy.sy tau awk rindu kn sy dan awk nk sy spend mse dgn awk...tpi tah la...sy n yg xpham.slalu pnting kn diri sndri..

Rindu

05/07/14

Sekejap je dah 5 hari bulan Julai berlalu.

Sayang,

saya sangat lelah menahan kerinduan yang memenuhi ruang dada dan minda saya nie. Rindu sangat dengan senyuman awak, gelak ketawa dan muka gabra awak tu.

walaupun kerap dapat dengar suara tapi kerinduan nie semakin menebal. Berat rasa badan saya yang bawak baby nie, lagi berat rasa hati saya bila terkenangkan awak jauh.

Saya x tau apa nak ckap sebenarnya akhir2 nie, Bila msg saya selalu kehilangan kata2 dan x dapat bagi tumpuan. Mungkin awak terasa keadaan nie. Maafkan saya ya yunk.

Jaga lah diri awak baik2, saya masih seperti dulu, sayang dan rindu awak, cuma saya x tau mcm mana nak luahkan.

Rutin harian saya tetap mcm biasa, x ada yang berubah, semua berkisar di sekitar anak2, mak saya dan keje. Hari nie tadi pegi cari baju raya anak2. Tudung dah dapat, cuma kasut je belum.

As for si kakak, tadi dia ckap mungkin akan cari tempat praktikal di area PD atau Sepang. Mcm mana pun belum diputuskan lagi.

Sayang, agaknya berapa lama lagi kita bakal x jumpa ya?

01 July 2014

kentang dan ayam

30/6/2014
sekian lama awak x menyakat saya kan..ari n puas awk nyakat sy kn..kes "kentang dgn ayam".dgr awk gelak ketawa ckup utk buat sy senyum..wlaupown kte x jmpe tpi sy blh byng kn muke awk senyum sbb brjaya menyakat sy kn..stiap hari awk akn call sy kn..tq syg. :)

29 June 2014

Perpisahan


13/06/14 – 14/06/14 – Jumaat/Sabtu

Kita bersua sekali lagi, dan selepas nie mungkin tahun depan baru boleh jumpa semula.
Maafkan saya sebab x dapat bagi tumpuan. Hati x tenang dan saya x dapat bagi tumpuan sepenuhnya pada awak macam biasa. Tambahan saya rasa badan x berapa sihat n lenguh2.

Saya sampai dulu ke Bali suite, awak sampai kemudian. Bawa pesanan air kopi o ais yang saya pesan. Banyak betul. Walaupun saya tak makan lagi tapi selera makan saya memang x ada. Goreng pisang dengan keropok yang awak beli pun saya makan sikit aje.

Awak kerap Tanya kenapa dengan saya, saya just ckap saya ok. Saya Cuma rasa penat n badan x selesa. Kalau boleh saya just nak awak peluk saya n saya nak tido aje.

Dari pandangan awak saya tau ada yang awak inginkan. Dari body language awak saya tau awak nak bersama. Saya faham tapi memang rasa x de mood dan penat. Selain tu saya just rasa nak awak manjakan saya dan bagi saya berehat dalam pelukkan awak.

Tapi bila berbaring di lengan awak dan badan kita bersentuhan, saya tau awak cuba tahan diri awak dan rasa kesian pulak. So saya turutkan jugak. Syukur awak nikmati saat tu.
The 2nd time memang saya tak sangka awak akan tarik n kiss saya selepas saya keluar dari bathroom tu. Dalam terkejut saya bagi tindakbalas. N as the first time, awak betul2 feel it n put our mind in it. Tau – tau it was over. J

Jam 3 awak terjaga, n again we make love, dari senyum awak, dari cara awak react saya tau awak satisfy tapi masih ada yang awak fikirkan. N as the previous, its all over in no time. Kita sambung tidur semula hingga 7.30. Tengok awak tidur, maybe penat n ngantukkan rasa malas pulak nak kejutkan temankan saya ke hospital.

Tapi awak wake up jugak bila saya dah siap. So kita hand in hand gi hospital. Sampai sana waiting for another 43 people baru sampai turn saya. Bersandar dengan selesa di dada awak. Genggam jari jemari awak x nak lepas2. Dengan nakalnya menyakat awak. Kita gelak dan senyum sampai la turn saya.

Kita breakfast kat café hotel, than balik bilik amik barang. Awak just with towel, n datang dekat saya, kiss me at my lips, my forehead. Saya tau ada lah nie. Tapi saje je menyakat awak, jual mahal n wat x faham. Ur face expression sangat kelakar, macam nak nangis pun ada. Last2 I give in, sian pulak tengok muka sedih tu. As previously, jap je over than mula la muka ngantuk dia tu, tapi x leh nak layan tido coz nak check out n balik dah.

Masa sebelum keluar bilik, awak Tanya kenapa saya muka masam n muram since yesterday. Truth is saya x de jawapan, Yang saya tau saya x boleh bagi tumpuan dan penat, badan pulak rasa x sihat.Nanti jam 8 malam nak kena masuk keje pulak. Im too tired tapi malas nak ckap apa2.

Saya hug awak erat2. Kat kete pun lepas awak kiss n hug saya, awak baru ckap yang lepas nie x jumpa dah coz awak nak balik kampong. Semakin berjauhan lah nampaknya. Tapi sekurang-kurangnya awak akan ada banyak masa ingatkan saya. Klau kat sepang saya x rasa awak akan ada masa untuk saya macam awk di Kuantan.

Ntah lah yunk, saya sebenarnya risau, risau jarak nie akan menjarakkan saya dengan awak. Saya mudah abaikan perasaan saya klau saya terlalu sakit dan x larat nak menghadapi kerinduan saya. Risau klau saya sibukkan diri untuk kurangkan rindu kat awak saya akan terlupakan awak terus. Tambahan saya memang pakar ignore perasaan sendiri nie. Hermmm….

Sebab tu saya selalu ckap kat awak. Saya x risau dan takutkan awak tapi saya risau dan takut klau diri saya yang berubah. Bukan sebab ada orang lain ke apa. Semua tu Takkk! Bukan jugak saya x sayang, saya sayang sebenarnya. Tapi saya ignore je semuanya n teruskan kehidupan saya….mcm x ada apa yang berlaku.

Semoga awak jaga lah diri awak baik2. Semoga awak perolehi yang terbaik dan lebih baik dari saya. Saya memang pasrah dan redho aje. Apa pun berlaku saya terima dengan sabar je. Saya sayang awak, yunk. Sayang sangat2.

28 June 2014

Kusut yang terlerai

09/06/14 – Isnin

Hari nie Rain call saya. Saya sangat sedih, risau dan buntu bila dapat tau apa yang dia cakapkan. Saya sangat-sangat tak sangka dia akan buat macam tu kat saya.

Selama nie saya sangat yakin awak lah yang saya bersama selain encik hubby. Gelap dunia saya seketika bila dapat tau tentang nie. Hati pun risau, betul ke baby nie baby Rain. Bukan hubby yang punya.

Tiba-tiba saya teringat kan awak yunk, Semua impian saya berkecai macam cermin terhempas ke lantai. Saya x tau macam mana nak cakap dengan awak. Saya x tau nak berdepan dengan awak.Saya amat2 takut kehilangan awak. Apa pun saya tetap kena bersemuka dengan awak dan jujur dengan awak tentang nie.

Masa on the way naik keje, macam biasa saya call awak. Pada mulanya saya x nak cakap kat phone aje coz saya tak Nampak reaction awak. Betul ke awak maksudkan apa yang awak katakana atau sekadar nak sedapkan hati saya. Tapi akhirnya lepas awak desak n desak as owez, airmata saya pulak bila dengan awak memang murah. Apalagi, cerita jugaklah diiringi airmata macam hujan, suara pun sebak semacam… huhuhu

Syukur awak x marah dan boleh terima penjelasan saya, walaupun dalam nada marah. Awak kata saya ada awak dan get it over with Rain.

Sayang, saya x tau apa yang saya nak buat kalau awak let me go.

Terimakasih. Saya sayang awak. Muah.

Saya kena belajar memaafkan diri sendiri dan orang lain andai saya mahukan ketenangan, itu yang saya perolehi dari awak. Luv u so much eumirul.

Bersama kembali

06/06/14 – 07/06/14 – Jumaat/Sabtu

Saya cuti malam nie, Baru balik dari cuti Off day. Memang dari awal plan nak spend time dengan awak. Semakin intim relation ni. Sangat rindukan kehadiran awak, Inginkan merasakan sentuhan awak dan dimanjakan awak.

Banyak perkara berlaku antara kita akhir-akhir nie. Merajuk dan emosi yang naik turun. Rasa cemburu yang merimaskan. Hati resah tapi kerinduan lebih meresahkan.

Sayang,

Kenapa awak makin manja dan makin macam2 nie haaa….saya faham awak takut kehilangan saya dan saya jugak takut kehilangan awak, Namun kita kena hadapi x kira apa pun dugaan yang bakal kita tempuhi..

Rindukan segala kenangan mandi bersama dan awak pun feel sangat sampai tinggalkan kesan kat bahu saya ya. Terlebih kiss la tu. Hahaha

Awak,
Berbagai perasaan hadir tika awak menyentuh saya dan tika kita bersama. Terimakasih sebab berusaha menjaga hati saya dan memenuhi permintaan saya walaupun sebenarnya tak masuk akal J

Saya tau awak rasakan ada yang tak kena dan saya masih terus berhati-hati masa kita bersama. Maafkan saya. Saya x mampu memberikan sepenuhnya kalau ada yang saya fikirkan dan saya pun x boleh bagi tumpuan.

Tapi sayang, x bermakna saya x sayang awak.

Tentu awak x kan lupakan detik 3 pagi kan yunk, hingga bila2 pun J

Dating Time

31/05/14 – Sabtu

Sepanjang minggu nie saya agak menjauhkan diri, keadaan kita tak begitu mesra. Saya tau awak risau saya lepaskan awak.

Kita bertemu kembali awak, Saya teliti dan perhatikan wajah awak, walaupun awak kata awak dah berisi dan berat awak dah naik 5kg tapi pandangan mata saya, wajah awak kurus, pucat dan mata awak cengkung. Kenapa agaknya gitu? Maafkan saya kalau sayalah penyebab awak tersiksa dan jadi macam nie. Hati sedih n sayu tapi sedaya mungkin sembunyikan dari awak.

Bila saya tegur, awak kata awak ok, makan banyak, tidur cukup. Walaupun awak yakinkan saya, saya tau cukup tidur, makan terjaga kalau hati gundah gulana tetap jugak badan jadi susut.

Macam biasa, kemana pun kita melangkah, pasti ada je mata2 yang memerhati penuh tafsiran dan pandangan yang kita boleh agak apa dia fikir. Ada yang Nampak terganggu bila pandang kita. Teringat je lelaki dengan family dia kat Marry Brown tu. Hermmmm…

Bersedia ke kita nak terus di lihat dan di nilai macam nie yunk?

Walaupun Cuma untuk menonton citer Maleficient tapi kehadiran awak sungguh menenangkan hati. Terimbas balik banyak kenangan lalu.

Kenakalan dan kemanjaan, Dua perkara yang memang tak boleh dipisahkan dari saya. Semua happen sendiri je bila saya dengan awak. Tak taulah nak kata awak nie bertuah ke x sebab dapat tengok dan rasakan sisi lain diri saya nie J. Memang diakui umur saya meningkat senja tapi perwatakan dan kemanjaan saya standing remaja bila bersama awak. Hahahaha…. (statement x sedar diri)

Bersabarlah dengan saya awak. Saya tak mudah merajuk tapi kalau saya terluka, Saya memang susah nak memaafkan.

Tiapkali nak berpisah dari awak, berat sungguh rasa hati. Dah tentu saya akan peluk awak erat2. Tambahan awak selalu ingatkan saya bahawa awak sayang saya dan tak nak kehilangan saya. Kalau lah awak tau macam mana takutnya saya kehilangan awak yunk! Kalau lah awak tau betapa sayangnya saya kat awak? Mungkinkah awak akan hargai saya?

Rajuk

25/05/14 – Ahad

Hati merajuk dan terus merajuk tapi susah nak menyisihkan kerinduan yang datang bertandang di jiwa.

Berdiam diri dan x balas sms dan call, risau klau sakitkan hati awak dan hati sendiri makin sakit. Berikan masa untuk diri bertenang. Hati berkata macam2 tapi jiwa tetap merindukan awak.

Saya tau awak terasa perubahan saya dan rasakan ada yang tak kena. Hati nie ingin nak membiarkan dan melepaskan awak pergi dengan kebisuan pandangan tapi fikiran teringatkan janji saya pada diri sendiri dan awak. Saya x kan buat awak macam Rain, dilepaskan tanpa di sedari.

Akhirnya selepas banyak kali awak call. Saya call semula bila balik dari kerja. Maafkan saya luahkan segala yang saya rasa dan fikirkan tanpa kisahkan hati dan perasaan awak. Saya memang kata terus terang bahawa saya dah pasrah dan redho aje apa bakal berlaku. Tika saya ucapkan itu, memang hati saya rasa kosong dan sangat pedih terluka. Ntah kenapa saya sangat emo bila dengan awak. Mungkin sebab saya dah terlebih lemak dimanjakan awak. Hati pun jadi rapuh, selebihnya keyakinan diri berkurangan. Tambahan fikiran kusut dan bersangka buruk. Hermmmm…

Macam mana nak bertahan dilanda taufan kalau di landa angin kencang pun saya x mampu berdiri mengharungi dugaan?