31/05/14 – Sabtu
Sepanjang minggu nie saya agak menjauhkan diri, keadaan kita tak begitu mesra. Saya tau awak risau saya lepaskan awak.
Kita bertemu kembali awak, Saya teliti dan perhatikan wajah awak, walaupun awak kata awak dah berisi dan berat awak dah naik 5kg tapi pandangan mata saya, wajah awak kurus, pucat dan mata awak cengkung. Kenapa agaknya gitu? Maafkan saya kalau sayalah penyebab awak tersiksa dan jadi macam nie. Hati sedih n sayu tapi sedaya mungkin sembunyikan dari awak.
Bila saya tegur, awak kata awak ok, makan banyak, tidur cukup. Walaupun awak yakinkan saya, saya tau cukup tidur, makan terjaga kalau hati gundah gulana tetap jugak badan jadi susut.
Macam biasa, kemana pun kita melangkah, pasti ada je mata2 yang memerhati penuh tafsiran dan pandangan yang kita boleh agak apa dia fikir. Ada yang Nampak terganggu bila pandang kita. Teringat je lelaki dengan family dia kat Marry Brown tu. Hermmmm…
Bersedia ke kita nak terus di lihat dan di nilai macam nie yunk?
Walaupun Cuma untuk menonton citer Maleficient tapi kehadiran awak sungguh menenangkan hati. Terimbas balik banyak kenangan lalu.
Kenakalan dan kemanjaan, Dua perkara yang memang tak boleh dipisahkan dari saya. Semua happen sendiri je bila saya dengan awak. Tak taulah nak kata awak nie bertuah ke x sebab dapat tengok dan rasakan sisi lain diri saya nie J. Memang diakui umur saya meningkat senja tapi perwatakan dan kemanjaan saya standing remaja bila bersama awak. Hahahaha…. (statement x sedar diri)
Bersabarlah dengan saya awak. Saya tak mudah merajuk tapi kalau saya terluka, Saya memang susah nak memaafkan.
Tiapkali nak berpisah dari awak, berat sungguh rasa hati. Dah tentu saya akan peluk awak erat2. Tambahan awak selalu ingatkan saya bahawa awak sayang saya dan tak nak kehilangan saya. Kalau lah awak tau macam mana takutnya saya kehilangan awak yunk! Kalau lah awak tau betapa sayangnya saya kat awak? Mungkinkah awak akan hargai saya?

No comments:
Post a Comment