Search This Blog

28 June 2014

Pertemuan kembali lagi

21/05/14 – Rabu

Hari nie saya kerja noon shift dan tinggal sendirian dirumah disebelah pagi. Awak check in di Smile dan tunggu kedatangan saya. Maafkan saya sebab lambat dapat menemani awak.

Seperti biasa sebelum kuar umah saya akan bereskan semua tanggungjawap saya, mengemas dan memasak untuk keluarga. X kiralah senakal mana pun saya, saya tetap x abaikan tanggungjawap saya.

Awak,
 Terimakasih untuk kenangan indah itu. Saya semakin selesa dengan awak dan saya harap awak pun macam tu juga. Sama2 menjadi diri sendiri. Maafkan saya kalau kata2 buat awak terasa hati tika kita luangkan masa bersama.  Saya tau awak sayang saya.

Fikiran saya agak terganggu dan saya sebenarnya x sihat, mujur awak x perasan . Masa yang sama saya tetap berfikir apakah yang menarik hati awak pada saya. Saya x jemu tatap wajah awak tetapi sesekali saya kebimbangan. Saya kerap lupa wajah awak akhir2 ini.

Perubahan demi perubahan. Dugaan demi dugaan. Saya harap awak beransur menjadi kuat dan x terus hanyut. Saya sebenarnya risau andai kasih sayang kita tercemar oleh nafsu, yunk.

Saya sangat- sangat risau andai semua nie jadi kebiasaan di setiap pertemuan. Saya faham andai awak fikir itu semua termasuk dalam kategori “awak berikan semua cukup” tapi sebenarnya saya lebih takut kalau perkara nie yang akan mematikan kasih sayang saya pada awak. Bukan niat saya nak fikir bukan2. Tapi yunk, saya merasakan kita ni dah jauh sangat buat kesilapan. Betul la kasih syaang perlukan sentuhan tapi yunk, biarlah ianya hanya sentuhan bukan kerana nafsu yang x terkawal.

Saya berusaha menjaga hati awak dan memenuhi kehendak awak secara perlahan. Tapi saya pun risau kalau sikap saya memanjakan awak akan buat awak jadi lalai. Jangan sia-siakan saya awak. Susah tapi saya harap awak x kan buat gitu.

Awak,
Saya rindukan awak,
Saya pun rindukan pinangan awak!

No comments:

Post a Comment