Search This Blog

27 June 2014

Kenangan


13/05/14 – Rabu

Awak,

On the way saya nak naik keje, macam biasa kita akan sms satu sama lain. Awak, bagitau saya yang awak nak balik kampong. Dengan gurauan awak Tanya saya nak ikut ke x?
Dengan gurauan jugak saya jawap. Dah tentu lah nak!

Tapi awak, sms yang awak reply tu betul2 mencabar diri saya. Terasa seolah-olah saya ditampar dengan kuat kat muka. Saya tersedar siapa saya. Awak bercakap tentang status saya dan keadaan diri saya. Saya rasa sangat2 kecewa dan sedih, macam selalu jugak, awak akan ingatkan saya siapa diri saya dan selayaknya saya berperangai macam mana. Bahawa semua nie tak betul dan saya tak patut teruskan relation dengan awak nie. Saya memang rasa terpukul dan malu walau kata2 awak tu hanya gurauan.

Jauh disudut hati saya berkata: “semua nie memang betul pun, keadaan nie x sepatutnya terjadi, saya masih terikat. Dalam hati saya jugak yakin mungkin inilah pengakhiran antara kita walaupun saya sayang sangat kat awak, Biarlah saya undur diri, fikirkan semula dan pertimbangkan semula hubungan kita nie bila saya dah sah bebas nanti”

Kata-kata awak buat saya rasa bersalah pada dia. Saya tahu perbuatan saya nie sangat2 x elok dan x lansung dia tanggung dosa saya yang dia tak tahu. Saya pulak terhutang kemaafan dan keredhaan dari dia selagi saya x mohon maaf dan berterus terang perbuatan saya. Saya tahu perbuatan saya nie sangat2 salah dan berdosa. Sebab ikutkan hati saya butakan mata dan lupakan semuanya. Halal ke, haram  ke, dosa ke, x ke, semua saya x fikir dah. Terimakasih lah awak ingatkan saya.

Saya pun terfikir, sepatutnya saya yang lebih berusia dan matang nie mencegah kita dan menegur awak kea rah kebaikkan tapi saya biarkan kita terus hanyut. Saya yang sepatutnya bombing awak ke jalan yang lebih baik tapi sebaliknya saya turut serta menyumbang kerosakkan pada awak dalam segala perkara. Maafkan saya.

Saya x de hati nak keje, akhirnya dalam jam 2 pagi saya minta cuti dari Manager. Selepas berbalas msg di Tagged, saya sedar awak dah terasa yang saya berniat nak menjauhkan diri. Awak nak dapatkan saya tapi saya rasa biarlah saya dapatkan awak. Mungkin inilah kali terakhir atau mungkin masih ada peluang awak yakinkan saya untuk teruskan relation nie.

Setibanya saya di Subang, menatap wajah awak yang muram dengan lirikkan mata, saya x boleh nak pandang terus wajah awak, airmata yang saya tahan bimbang akan jatuh. Kenapalah airmata saya senang sangat mengalir untuk awak…haish. Saya berusaha untuk tahan dan cari kekuatan. Saya tak tau macam mana nak bagi reaction. Samada saya patut marah atau sedih atau gembira. Terasa amat lemah dan penat fizikal dan mental. Saya sangka saya cukup kuat menahan sebak, tapi saya x mampu. Airmata saya luruh jugak depan awak…

Berulangkali awak mohon maaf dan kata awak sayang saya, x nak kehilangan saya, tambah2 sayu hati saya bila awak cakap sayang saya, kiss pipi saya . awak pun cakap sayang baby n awak kiss perut saya. Perasaan saya sangat2 tersentuh coz saya rasa baby gerak masa awak kiss perut saya, macam dia faham sentuhan awak kat dia. Semoga kata2  tu lahir ikhlas dari hati sebab saya berharap gitu.

Awak,
Kenapa? Mengapa awak pilih nak sayang kami. Awak sedar tak tanggungjawap berat dan amanah yang awak bakal hadapi bila bersama kami. Saya memang x faham. Awak ada pilihan yang lebih baik, kenapalah nak susah2 kan diri. Baby pun macam tau-tau je ibu sedih, asyik resah gelisah.

Awak,
Tak kira macam mana pun saya cuba bertabah, hati saya x kuat nak melepaskan awak bila kita berdepan.

Saya peluk awak erat2 dan memang berat nak lepaskan pelukan saya. Saya rasa mungkin tu lah kali terakhir saya dapat peluk awak, bau awak, sentuh awak n lepaskan semua kerinduan saya kat awak. Saya tau dari pandangan mata awak pada saya, awak terfikir kana pa yang bakal berlaku dan rasa pelik dengan cara saya kali nie.

 Awak asyik kata: “Saya sayang awak yunk, saya x nak kehilangan awak dan x nak inilah kali terakhir kita jumpa. Janji dengan saya, saya x nak”

Sepanjang jalan balik airmata saya macam hujan. Hati sedih sangat dalam masa yang sama bersyukur saya ada awak. Tapi sayang, cabaran nie baru sikit.Dugaan sebenar lebih hebat. Kuat ke kita nak hadapinya. Saya berdoa andai saya lemah dan x berdaya, awak akan lebih kuat dari saya dan berusaha mendapatkan saya. Andai saya mengalah, semoga awak lebih tegas memiliki saya dengan segala ketabahan.

Selebihnya yunk, saya x tau apa bakal berlaku, hingga bila saya akan selalu merajuk dan awak sabar melayan rajuk dan kerenah saya. Saya berserah pada dia, hanya dia yang tau kenapa kita dipertemukan dan di mana titik noktah jalinan hati antara kita.


No comments:

Post a Comment