Search This Blog

26 June 2014

Luahan Rasa



02/05/14 – Khamis

Dari hari ke hari perasaan semakin kuat, kerinduan dan kebersamaan itu sangat2 menguji kesabaran. Angan- angan memang indah tapi kita sama-sama tau, jalan yang kita pilih nie bukan mudah.

Semoga awak terus kekal menjadi lelaki yang mengagumkan saya. Semoga awak terus berusaha bantu melupakan jurang usia kita dari cara pemikiran dan tindakan awak.

Sayang,
Saya dambakan seorang pelindung dan seorang pemimpin yang boleh diharapkan ketika saya lemah, rebah dan buntu. Semoga saya mampu perlahan-lahan percayakan awak untuk membimbing saya hingga ke syurga. Hermmm… tinggi angannya tu kan?

Awak,
Mungkin awak peluang terakhir yang hadir dan merupakan ujian terakhir bagi saya. Semoga sayalah rusuk awak yang bengkok itu dan semoga awaklah imam yang saya tunggu suatu hari nanti.

Indah rasanya berimpian, andai saya berpeluang mengisi kekosongan jiwa saya bersama awak, Tentu syahdu andai, kita dapat bersolat bersama, saya dapat cium dan salam tangan awak seusai solat setiap waktu dan awak cium dahi saya dan peluk saya terutama tika solat subuh setiap hari sebelum memulakan tugas harian kita, Indahnya andai setiap ketibaan ramadhan kita bersahur bersama, berbuka bersama dan berterawih di masjid berlainan andai berkesempatan. Tapi jauh sudut hati kata, mungkin bakal tinggal impian juga seperti sebelum2 nya. Dari sekarang semua tu dah dimulakan dengan langkah yang salah…

Sayang,
Andai awaklah untuk saya. Saya mungkin patut pertimbangkan berkongsi awak dengan insan lain andai keadaan memaksa sebab saya tak mahu kehilangan awak. Segalanya rahsia allah dan hanya dia tau apa yang terbaik untuk kita.

No comments:

Post a Comment