Search This Blog

27 June 2014

Luahan



08/05/14 – Khamis

Pertemuan yang penuh emosi, ternyata apa yang saya fikirkan tetap tak ada perubahan. Awak merisaukan saya yunk.

Ketika makan di Pizza Hut, saya dah perasan perubahan air muka awak, saya tahu ada yang bermain difikiran awak setelah saya berkata sesuatu dalam nada gurauan. Berlaku salah faham disitu. Awak , terlalu takut andai saya kembali pada Rain dan tinggalkan awak. Awak, risau klau kita berjauhan dan dipisahkan jarak, kita akan terpisah jua. Awak, pun risau andai Encik Hubby mulai curiga dan menghadkan pergerakkan saya.

Memang saya akui, sukar untuk memahami awak yunk, tapi dalam kesukaran saya faham juga tindakan yang bakal awak ambil. Melarikan diri. Sebab awak x nak saya tau, apa yang awak rasa dan airmata awak yang awak tahan. Saya takkan benarkan awak tinggalkan saya dalam keadaan serabut macam tu dan buat saya rasa macam orang bodoh.

Lepas je parked kete, dari air muka awak saya tau, awak akan kiss saya than keluar kete terus balik ke rumah. So saya memang mengelak tiap kali awak nak kiss saya. Awak x pandang mata saya, sebab awak takut saya tau awak tengah sedih n x nak tengok awak sedih. Klaulah awak pandang yunk, sebenarnya jauh disudut hati saya dah bertekad,
The moment awak melangkah keluar kereta, bermakna awak keluar dari hidup saya dan saya x kan jumpa awak lagi, x kiralah macam mana dan apa pun sebabnya.

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat awak stay. Saya pegang jari jemari awak, saya genggam jemari awak erat2, saya peluk pinggang awak, hati saya sayu sangat, airmata yang saya tahan jatuh jugak. Saya menangis di bahu awak, sungguh saya sangka saya akan kehilangan awak selamanya hari nie. Tonight is the night saya kerap ucapkan kat awak “saya sayang awak”. Lahir dari hati dan jiwa walaupun sangat susah bagi saya.

Saya sedar  saya mampu tenangkan awak tika awak gelisah dan pujuk awak andai awak bersedih. Saya tau bukan senang tapi saya akan cuba dan berusaha sebaik mungkin.

Peringatan bagi saya, “Jangan jumpa awak waktu emosi saya x stabil sebab saya akan mudah merajuk n sensitive, saya akan sakitkan hati awak”

Yunk,
Banyak cabaran yang bakal kita hadapi, awak harus kuat untuk saya bersandar dan berpaut pada awak. Saya dah terlalu kerap terluka dan susah untuk percaya bahawa mencintai saya seikhlas hati itu wujud.

Tentang keadaan saya dengan Encik Hubby, bukan niat saya nak tunjukkan kelemahan dia ataupun nak bandingkan awak dengan dia. Cumanya hubungan suami/isteri nie suatu yang sangat complicated. Awak x kan faham sehinggalah awak melaluinya sendiri. Semua orang berhak diberi peluang perbaiki diri, begitu juga dia, saya dan awak.

Sesungguhnya sekarang saya memberi awak peluang untuk buktikan diri awak pada saya dan saya akan sabar menanti hingga waktu yang kita persetujui bersama itu berakhir.

No comments:

Post a Comment