
06/04/14 - 07/04/14
Walaupun waktu yang agak panjang, namun masih terasa singkat. Saya merasa hairan dari mana saya perolehi keberanian buat kerja gila macam nie. Mungkin saya tak nak soalan yang berlegar - legar di minda tidak berjawap. Jadi saya putuskan untuk mencari jawapan dari segala persoalan itu dan fikirkan apa patut dilakukan selepas itu.
Samada "TERUSKAN DAN HADAPI SEGALANYA ATAU LUPAKAN SEMUANYA DAN ANGGAP TAK PERNAH BERLAKU"
Banyak yang saya temui dan ketahui sepanjang 3 Hari 2 malam kita bersama.
Saya yang tak pernah pun drive sorang2, tambahan malam nie boleh plak sampai ke Subang tu tanpa sesat jalan. hahaha...sesuatu yang saya tak sangka saya boleh buat. Bertambah kurang la kebergantungan pada encik hubby nampaknya. Saya dah temui keyakinan diri :). Terimakasih awak.
Bertambah-tambah sangat terkejut, saya x pernah sampai ke Morib, saya boleh sampai ke sana dan enjoy journey tu sendirian aje. Bleh singgah merasa makanan yang popular diperkatakan oleh blogger2 yang saya baca. Tak lah susah sangat rupanya klau jalan2 tak ada map pun :)
The moment awak melangkah masuk ke kereta, saya merasakan segala batasan yang awak rasakan antara kita telah hilang. Secara perlahan - lahan, segala yang awak cuba sembunyikan dan x nak saya kenali sikap awak, terpamer perlahan-lahan. Saya cuma sabar menanti, saya pasti awak akan jadi diri awak dan tak payah berusaha keterlaluan untuk mengambil hati saya bila awak merasa selesa dengan kehadiran saya. Itu lah yang patut saya buat. Buat awak selesa.
Malam itu pertama kali kita bersama, dan masing2 tetap berjaga-jaga menjaga tingkah laku, banyak yang saya fahami dan ketahui dari pemerhatian. Saya pasti awak, merasakan sesuatu, tapi saya tak pasti apakah dia.
Dalam berani sebenarnya saya takut. Ntah apa lagi yang saya mampu buat saya pun x tau. Ternyata segala yang saya cuba tepis dan jaga selama nie, saya hadapi sendiri. Curang bukan perkataan yang indah dan baik, Mengkhianati kepercayaan dan perhubungan yang di jaga selama nie bukan sesuatu yang membanggakan, Tambahan di dalam tubuh saya tika ini ada benih yang bernyawa dari perhubungan yang indah dan halal itu. Hati dihambat rasa bersalah dan tertanya-tanya, berbaloi kah apa yang saya korbankan ini hanya kerana perasaan ingin tau yang memuncak?
Hanya awak ada jawapannya....hermmm
No comments:
Post a Comment