Search This Blog
26 June 2014
Maafkan saya sayang
Sayang,
Bukan niat saya membiarkan awak resah gelisah. Bukan juga niat saya nak melukakan hati awak yunk,
Maaf kan saya buat awak marah dalam kerinduan, saya faham awak x dapat nak berada disisi saya kerana jarak kita ini. Saya cuma demam biasa aje. x ada yang serius pun berlaku. Dari sebelum saya kenal awak, saya memang kena mendapatkan rawatan dihospital sebab saya alergi banyak perkara. Rasanya saya pernah citer kat awak yunk, Tapi seperti selalu, rasanya awak akan terlupa segala perkara yang agak penting bagi saya dan hanya ingat perkara yang remeh temeh.
Betul lah saya selalu kata kat awak, take it easy, sebab masalah x kan selesai andai paksa diri menyelesaikannya bila belum tiba masanya. Saya x suka bila awak panic, Ya...saya faham, awak sayang saya n x nak kehilangan saya. Tapi saya tau awak sentiasa ada untuk saya walaupun bukan secara fizikal. At least saya dah bagitau saya ke hospital. Klau bukan saya yang x sihat dah tentu saya akan reply msg atau apa aje. Tapi saya yang x sihat, dah tentu lah saya lebih utamakan keadaan diri sendiri n nak cepat sembuh. Time mcm tu dah x ada masa nak berkepit dengan phone dah. walaupun diingatan x pernah lupakan awak dan tau tentu awak risau.
yunk,
Awak selalu mendesak x kira lah apa aje. Klau awak nak tau apa2. awak x mampu nak sabar. Mesti akan terus tanya n tanya. Klau awak nak sesuatu awak tetap nak jugak benda yang sama walau apa cara sekali pun. Sekarang kerap saya rasa, klau awak x dapat saya, mcm mana lah keadaan awak ya?
yunk, terus terang saya rasa penat. Dalam hidup saya, saya selalu adjust diri untuk keselesaan orang lain dan berharap untuk diterima oleh orang lain. awak tau tak, sekarang saya dah mula adjust diri saya untuk keselesaan awak pulak.
Sebab apa?
sebab saya sayang awak, klau tempuh berkawan saya boleh kata apa saje, sekarang saya dah kena hati2 nak kata apa2 atau bercerita apa2.
sebabnya? x nak awak runsing dan terluka.
Saya percaya semua yang saya luahkan nie bakal buat awak tersentap dan berubah dingin.
Please lah jangan merajuk, saya rindukan awak owez.
Labels:
luahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment