Search This Blog
25 June 2014
PENEMUAN JAWAPAN
07/04/14 -08/04/14
Pagi ini saya mengambil keputusan untuk terus mencari jawapan dan memberikan awak masa sehari semalam lagi. Setelah apa yang berlaku malamnya, saya perlukan kepastian untuk saya membuat keputusan. Our destination adalah Melaka.
Pagi itu kita singgah bersarapan disebuah gerai kecil, hati saya sangat tersentuh dengan kehadiran seorang perempuan tua, terlintas difikiran andai wanita itu saya atau mak saya. Sayu rasa hati. Tapi dalam ketegasan saya, hati mudah lemah dengan keadaan begitu dan saya percaya, rezeki dia ada pada saya dan awak haritu.
Kita nikmati makanan dan kemesraan yang kian erat. Bersuapan makanan sambil mata-mata sekeliling yang melemparkan pandangan tanda tanya dan menghakimi kita. Saya bersyukur sebab awak lansung tak menunjukkan awak terkesan dari pandangan mereka itu terhadap kita. Biarlah apa orang nak kata dan agak kan. Kita je yang tau apa berlaku.
Saya merasa amat tak selesa bila sepanjang perjalanan awak kerap menerima panggilan dan agak kekok bila menjawapnya. Saya terasa sebenarnya seolah saya menganggu. Mungkinkah awak telah berpunya dan apa yang sedang saya buat sekarang bersama awak. Tika itu saya rasakan, saya memang dah buat kesilapan besar. Hinggalah sampai ke pengkalan balak ketika mencari tempat bermalam, awak minta diri untuk buat panggilan. Tika itu memang saya sangat2 yakin, saya dah buat kesilapan dan saya cuma berharap saya dapat melalui malam ini dengan baik dan putuskan saya x kan jumpa awak lagi selepas pertemuan ini.
Maaf lah awak, tika di Klebang, saya menunjukkan ketegasan saya dalam lembut. Saya memang tak suka habiskan masa tanpa arah tujuan yang pasti, dan awak pulak, terlalu cerewet dan demand. Kalau itu yang awak inginkan, itu lah yang awak akan dapatkan tanpa kompromi atau pertimbangkan option lain yang ada. Saya seorang yang sederhana dalam segala segi, apa yang ada cukup lah. Keletihan dan rasa kurang sihat membuatkan kesabaran saya tercalar dan saya menegur awak jugak akhirnya. hahaha.
Setibanya di hotel, saya terlena sementara menunggu awak mandi. Rancangan nak ke Umbai untuk dinner dibatalkan. Sekali lagi waktu makan, awak pamerkan sikap cerewet awak tu.... Ternyata saya memang x sabar nak tangani sikap awak yang satu nie. huhuhu. Ketika makan awak menegur kediaman dan kemuraman wajah saya. Mengagumkan awak teperhati dan terperasan jua perubahan itu. Saya faham awak ambil berat tapi bukan cara saya, reveal apa yang saya fikirkan kalau ianya cuma perkara kecil. Nanti2 baik lah tu :)
Malam itu saya tidur awal dan agak lena. sesekali saya terjaga dan perasan, awak resah di dalam bilik. awak tatap wajah saya yang lena beberapa kali. Hinggalah saya tanya awak, kenapa x nak tidur dan saya nak bermanja. saya peluk pinggang awak erat sambil berbantalkan lengan awak. Ya, saya memang demam tapi biasa la. demam dah jadi kawan baik saya. So saya ignore aje.
Sebelum balik esoknya, saya peluk awak erat2. Mungkinkah itu pertemuan terakhir kita. Jawapan yang saya cari tetap belum pasti. Hinggalah semasa dalam perjalanan ke Highway tol Ayer Keroh, Kita bercakap tentang Rain. Ada riak tak menyenangkan terpamer di wajah awak. Dan akhirnya tika di Highway KL- Seremban, time bomb exploded. Saya dapat kepastian yang saya cari dan saya kehilangan kata-kata.
Sikap awak yang saya pelajari
- adakalanya awak mature dari usia awak.
- Awak ada pengalaman tetapi masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.
- Awak sangat prihatin dan baik hati.
- Seorang yang cemburu tetapi cuba menyembunyikannya sedaya mungkin hahaha
- Awak tak open dengan perasaan awak dan saya akan ubah itu.
- Awak juga mempunyai idea yang salah tentang perhubungan. Tak mungkin hanya satu hala tapi mesti bersama berusaha, awak x boleh membuat segalanya sendirian dan berkorban tanpa batasan, nescaya awak pasti terluka sendiri dan insan yang awak sayang terlepas pandang untuk menghargai. Hubungan begitu akan berakhir dengan cepat dengan keadaan begitu.
Sayang,
From now on, U will be stick to me like Glue.
Namun jauh disudut hati kecil saya berpesan pada diri "Just be carefull, U might being hurt again"
Labels:
kenangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment