Search This Blog

28 June 2014

Rajuk

25/05/14 – Ahad

Hati merajuk dan terus merajuk tapi susah nak menyisihkan kerinduan yang datang bertandang di jiwa.

Berdiam diri dan x balas sms dan call, risau klau sakitkan hati awak dan hati sendiri makin sakit. Berikan masa untuk diri bertenang. Hati berkata macam2 tapi jiwa tetap merindukan awak.

Saya tau awak terasa perubahan saya dan rasakan ada yang tak kena. Hati nie ingin nak membiarkan dan melepaskan awak pergi dengan kebisuan pandangan tapi fikiran teringatkan janji saya pada diri sendiri dan awak. Saya x kan buat awak macam Rain, dilepaskan tanpa di sedari.

Akhirnya selepas banyak kali awak call. Saya call semula bila balik dari kerja. Maafkan saya luahkan segala yang saya rasa dan fikirkan tanpa kisahkan hati dan perasaan awak. Saya memang kata terus terang bahawa saya dah pasrah dan redho aje apa bakal berlaku. Tika saya ucapkan itu, memang hati saya rasa kosong dan sangat pedih terluka. Ntah kenapa saya sangat emo bila dengan awak. Mungkin sebab saya dah terlebih lemak dimanjakan awak. Hati pun jadi rapuh, selebihnya keyakinan diri berkurangan. Tambahan fikiran kusut dan bersangka buruk. Hermmmm…

Macam mana nak bertahan dilanda taufan kalau di landa angin kencang pun saya x mampu berdiri mengharungi dugaan?

No comments:

Post a Comment