Search This Blog

29 June 2014

Perpisahan


13/06/14 – 14/06/14 – Jumaat/Sabtu

Kita bersua sekali lagi, dan selepas nie mungkin tahun depan baru boleh jumpa semula.
Maafkan saya sebab x dapat bagi tumpuan. Hati x tenang dan saya x dapat bagi tumpuan sepenuhnya pada awak macam biasa. Tambahan saya rasa badan x berapa sihat n lenguh2.

Saya sampai dulu ke Bali suite, awak sampai kemudian. Bawa pesanan air kopi o ais yang saya pesan. Banyak betul. Walaupun saya tak makan lagi tapi selera makan saya memang x ada. Goreng pisang dengan keropok yang awak beli pun saya makan sikit aje.

Awak kerap Tanya kenapa dengan saya, saya just ckap saya ok. Saya Cuma rasa penat n badan x selesa. Kalau boleh saya just nak awak peluk saya n saya nak tido aje.

Dari pandangan awak saya tau ada yang awak inginkan. Dari body language awak saya tau awak nak bersama. Saya faham tapi memang rasa x de mood dan penat. Selain tu saya just rasa nak awak manjakan saya dan bagi saya berehat dalam pelukkan awak.

Tapi bila berbaring di lengan awak dan badan kita bersentuhan, saya tau awak cuba tahan diri awak dan rasa kesian pulak. So saya turutkan jugak. Syukur awak nikmati saat tu.
The 2nd time memang saya tak sangka awak akan tarik n kiss saya selepas saya keluar dari bathroom tu. Dalam terkejut saya bagi tindakbalas. N as the first time, awak betul2 feel it n put our mind in it. Tau – tau it was over. J

Jam 3 awak terjaga, n again we make love, dari senyum awak, dari cara awak react saya tau awak satisfy tapi masih ada yang awak fikirkan. N as the previous, its all over in no time. Kita sambung tidur semula hingga 7.30. Tengok awak tidur, maybe penat n ngantukkan rasa malas pulak nak kejutkan temankan saya ke hospital.

Tapi awak wake up jugak bila saya dah siap. So kita hand in hand gi hospital. Sampai sana waiting for another 43 people baru sampai turn saya. Bersandar dengan selesa di dada awak. Genggam jari jemari awak x nak lepas2. Dengan nakalnya menyakat awak. Kita gelak dan senyum sampai la turn saya.

Kita breakfast kat café hotel, than balik bilik amik barang. Awak just with towel, n datang dekat saya, kiss me at my lips, my forehead. Saya tau ada lah nie. Tapi saje je menyakat awak, jual mahal n wat x faham. Ur face expression sangat kelakar, macam nak nangis pun ada. Last2 I give in, sian pulak tengok muka sedih tu. As previously, jap je over than mula la muka ngantuk dia tu, tapi x leh nak layan tido coz nak check out n balik dah.

Masa sebelum keluar bilik, awak Tanya kenapa saya muka masam n muram since yesterday. Truth is saya x de jawapan, Yang saya tau saya x boleh bagi tumpuan dan penat, badan pulak rasa x sihat.Nanti jam 8 malam nak kena masuk keje pulak. Im too tired tapi malas nak ckap apa2.

Saya hug awak erat2. Kat kete pun lepas awak kiss n hug saya, awak baru ckap yang lepas nie x jumpa dah coz awak nak balik kampong. Semakin berjauhan lah nampaknya. Tapi sekurang-kurangnya awak akan ada banyak masa ingatkan saya. Klau kat sepang saya x rasa awak akan ada masa untuk saya macam awk di Kuantan.

Ntah lah yunk, saya sebenarnya risau, risau jarak nie akan menjarakkan saya dengan awak. Saya mudah abaikan perasaan saya klau saya terlalu sakit dan x larat nak menghadapi kerinduan saya. Risau klau saya sibukkan diri untuk kurangkan rindu kat awak saya akan terlupakan awak terus. Tambahan saya memang pakar ignore perasaan sendiri nie. Hermmm….

Sebab tu saya selalu ckap kat awak. Saya x risau dan takutkan awak tapi saya risau dan takut klau diri saya yang berubah. Bukan sebab ada orang lain ke apa. Semua tu Takkk! Bukan jugak saya x sayang, saya sayang sebenarnya. Tapi saya ignore je semuanya n teruskan kehidupan saya….mcm x ada apa yang berlaku.

Semoga awak jaga lah diri awak baik2. Semoga awak perolehi yang terbaik dan lebih baik dari saya. Saya memang pasrah dan redho aje. Apa pun berlaku saya terima dengan sabar je. Saya sayang awak, yunk. Sayang sangat2.

28 June 2014

Kusut yang terlerai

09/06/14 – Isnin

Hari nie Rain call saya. Saya sangat sedih, risau dan buntu bila dapat tau apa yang dia cakapkan. Saya sangat-sangat tak sangka dia akan buat macam tu kat saya.

Selama nie saya sangat yakin awak lah yang saya bersama selain encik hubby. Gelap dunia saya seketika bila dapat tau tentang nie. Hati pun risau, betul ke baby nie baby Rain. Bukan hubby yang punya.

Tiba-tiba saya teringat kan awak yunk, Semua impian saya berkecai macam cermin terhempas ke lantai. Saya x tau macam mana nak cakap dengan awak. Saya x tau nak berdepan dengan awak.Saya amat2 takut kehilangan awak. Apa pun saya tetap kena bersemuka dengan awak dan jujur dengan awak tentang nie.

Masa on the way naik keje, macam biasa saya call awak. Pada mulanya saya x nak cakap kat phone aje coz saya tak Nampak reaction awak. Betul ke awak maksudkan apa yang awak katakana atau sekadar nak sedapkan hati saya. Tapi akhirnya lepas awak desak n desak as owez, airmata saya pulak bila dengan awak memang murah. Apalagi, cerita jugaklah diiringi airmata macam hujan, suara pun sebak semacam… huhuhu

Syukur awak x marah dan boleh terima penjelasan saya, walaupun dalam nada marah. Awak kata saya ada awak dan get it over with Rain.

Sayang, saya x tau apa yang saya nak buat kalau awak let me go.

Terimakasih. Saya sayang awak. Muah.

Saya kena belajar memaafkan diri sendiri dan orang lain andai saya mahukan ketenangan, itu yang saya perolehi dari awak. Luv u so much eumirul.

Bersama kembali

06/06/14 – 07/06/14 – Jumaat/Sabtu

Saya cuti malam nie, Baru balik dari cuti Off day. Memang dari awal plan nak spend time dengan awak. Semakin intim relation ni. Sangat rindukan kehadiran awak, Inginkan merasakan sentuhan awak dan dimanjakan awak.

Banyak perkara berlaku antara kita akhir-akhir nie. Merajuk dan emosi yang naik turun. Rasa cemburu yang merimaskan. Hati resah tapi kerinduan lebih meresahkan.

Sayang,

Kenapa awak makin manja dan makin macam2 nie haaa….saya faham awak takut kehilangan saya dan saya jugak takut kehilangan awak, Namun kita kena hadapi x kira apa pun dugaan yang bakal kita tempuhi..

Rindukan segala kenangan mandi bersama dan awak pun feel sangat sampai tinggalkan kesan kat bahu saya ya. Terlebih kiss la tu. Hahaha

Awak,
Berbagai perasaan hadir tika awak menyentuh saya dan tika kita bersama. Terimakasih sebab berusaha menjaga hati saya dan memenuhi permintaan saya walaupun sebenarnya tak masuk akal J

Saya tau awak rasakan ada yang tak kena dan saya masih terus berhati-hati masa kita bersama. Maafkan saya. Saya x mampu memberikan sepenuhnya kalau ada yang saya fikirkan dan saya pun x boleh bagi tumpuan.

Tapi sayang, x bermakna saya x sayang awak.

Tentu awak x kan lupakan detik 3 pagi kan yunk, hingga bila2 pun J

Dating Time

31/05/14 – Sabtu

Sepanjang minggu nie saya agak menjauhkan diri, keadaan kita tak begitu mesra. Saya tau awak risau saya lepaskan awak.

Kita bertemu kembali awak, Saya teliti dan perhatikan wajah awak, walaupun awak kata awak dah berisi dan berat awak dah naik 5kg tapi pandangan mata saya, wajah awak kurus, pucat dan mata awak cengkung. Kenapa agaknya gitu? Maafkan saya kalau sayalah penyebab awak tersiksa dan jadi macam nie. Hati sedih n sayu tapi sedaya mungkin sembunyikan dari awak.

Bila saya tegur, awak kata awak ok, makan banyak, tidur cukup. Walaupun awak yakinkan saya, saya tau cukup tidur, makan terjaga kalau hati gundah gulana tetap jugak badan jadi susut.

Macam biasa, kemana pun kita melangkah, pasti ada je mata2 yang memerhati penuh tafsiran dan pandangan yang kita boleh agak apa dia fikir. Ada yang Nampak terganggu bila pandang kita. Teringat je lelaki dengan family dia kat Marry Brown tu. Hermmmm…

Bersedia ke kita nak terus di lihat dan di nilai macam nie yunk?

Walaupun Cuma untuk menonton citer Maleficient tapi kehadiran awak sungguh menenangkan hati. Terimbas balik banyak kenangan lalu.

Kenakalan dan kemanjaan, Dua perkara yang memang tak boleh dipisahkan dari saya. Semua happen sendiri je bila saya dengan awak. Tak taulah nak kata awak nie bertuah ke x sebab dapat tengok dan rasakan sisi lain diri saya nie J. Memang diakui umur saya meningkat senja tapi perwatakan dan kemanjaan saya standing remaja bila bersama awak. Hahahaha…. (statement x sedar diri)

Bersabarlah dengan saya awak. Saya tak mudah merajuk tapi kalau saya terluka, Saya memang susah nak memaafkan.

Tiapkali nak berpisah dari awak, berat sungguh rasa hati. Dah tentu saya akan peluk awak erat2. Tambahan awak selalu ingatkan saya bahawa awak sayang saya dan tak nak kehilangan saya. Kalau lah awak tau macam mana takutnya saya kehilangan awak yunk! Kalau lah awak tau betapa sayangnya saya kat awak? Mungkinkah awak akan hargai saya?

Rajuk

25/05/14 – Ahad

Hati merajuk dan terus merajuk tapi susah nak menyisihkan kerinduan yang datang bertandang di jiwa.

Berdiam diri dan x balas sms dan call, risau klau sakitkan hati awak dan hati sendiri makin sakit. Berikan masa untuk diri bertenang. Hati berkata macam2 tapi jiwa tetap merindukan awak.

Saya tau awak terasa perubahan saya dan rasakan ada yang tak kena. Hati nie ingin nak membiarkan dan melepaskan awak pergi dengan kebisuan pandangan tapi fikiran teringatkan janji saya pada diri sendiri dan awak. Saya x kan buat awak macam Rain, dilepaskan tanpa di sedari.

Akhirnya selepas banyak kali awak call. Saya call semula bila balik dari kerja. Maafkan saya luahkan segala yang saya rasa dan fikirkan tanpa kisahkan hati dan perasaan awak. Saya memang kata terus terang bahawa saya dah pasrah dan redho aje apa bakal berlaku. Tika saya ucapkan itu, memang hati saya rasa kosong dan sangat pedih terluka. Ntah kenapa saya sangat emo bila dengan awak. Mungkin sebab saya dah terlebih lemak dimanjakan awak. Hati pun jadi rapuh, selebihnya keyakinan diri berkurangan. Tambahan fikiran kusut dan bersangka buruk. Hermmmm…

Macam mana nak bertahan dilanda taufan kalau di landa angin kencang pun saya x mampu berdiri mengharungi dugaan?

Kerisauan

24/05/14 – Sabtu

Awak,

Dah la semalam awak buat emosi saya terganggu, Hati saya huru hara. Pagi nie awak kata nak gi Putrajaya dengan member. Saya faham perlukan masa sendiri. Ntah kenapa bermacam perkara buruk terlintas di fikiran saya.

Hati saya sukar nak di yakinkan. Ntah lah awak….. rasa pedih dan sangat pedih tak tertahan hati nie.

To make it worse awak berdiam diri dan terus terlupakan saya. Seronok sangat kot. Sampai semua kebiasaan pun lupa. Nak gerak x sms, dah sampai x sms? Risau dan macam2 terfikir tau x?.... haish

Bila saya renungkan semula, rasa malu pulak, saya x de hak nak pertikaikan pergerakkan awak dan control dengan siapa awak boleh gi ke mana2. Klau awak spend time dengan orang lain means perempuan lain, I have no right to say “NO”. Saya benci perasaan cemburu nie tapi saya lebih benci diri sendiri bila fikir macam nie.

Mengapakah saya semakin lemah, saya patutnya lebih sabar dan tabah. Pilih awak bermakna saya dah sedia nak hadap semua kemungkinan dan rintangan. Saya sepatutnya dari awal dah bersedia dengan kemungkinan melepaskan awak percentagenya tinggi.

Sabarlah hati. Bukan ni yang saya mintak. Tapi kalau ni je lah jalan yang harus saya pilih, Moga saya cukup tabah untuk melalui kehilangan insan yang disayang semula.

Salah Faham atau Kebenaran?

23/05/14 – Jumaat

Hati saya terluka lagi, Mungkin pada awak ianya hanya gurauan dan usikkan. Hingga kini awak masih x faham rupanya. Bila saya Tanya soalan pelik bermakna itulah yang sedang terlintas difikiran saya. Time macam tu fikiran saya x tenang sebab perkara buruk hadir kat minda saya.

Awak lansung tak rasa bersalah pun kan bila jawapan awak bagi “sugar mummy”. Bila saya Tanya sebabnya, senang hati je awak jawap “sebab nak mewah n puaskan nafsu awak sepuas-puasnya. Awak x rasa ke macam mana berkaca nya mata saya baca sms awak tu.

Awak,
Kemewahan memang x ada pada saya tapi bab puaskan nafsu tu memang saya betul2 rasa terluka. Macam tu ke saya pada pandangan mata awak agaknya kan?. Saya pujuk jugak hati n nak cuba percaya tu Cuma gurauan tapi otak saya mengatakan itu la yang awak cari dari saya. Tambah- tambah pulak bila kita jumpa, bila kita bersama, cara awak memang crystal clear memenuhi keinginan dan nafsu awak melebihi segalanya. Maafkan saya kalau itu Cuma andaian dan fobia saya rasakan. Tapi awak perkara nil ah yang menganggu fikiran saya dan perlahan-lahan jiwa saya jadi kosong untuk awak.

Tiba-tiba semua rasa rindu yang saya ada untuk awak terhenti. Saya x dapat nak rasakan perasaan sayang saya pada awak. Semua slow2 rasa beku n dingin je kat awak.
Apa yang saya nak buat nie awak?
Betul ke awak sayang saya seikhlas hati?
Bantulah kembalikan keyakinan saya pada kasih sayang awak semula?

Pertemuan kembali lagi

21/05/14 – Rabu

Hari nie saya kerja noon shift dan tinggal sendirian dirumah disebelah pagi. Awak check in di Smile dan tunggu kedatangan saya. Maafkan saya sebab lambat dapat menemani awak.

Seperti biasa sebelum kuar umah saya akan bereskan semua tanggungjawap saya, mengemas dan memasak untuk keluarga. X kiralah senakal mana pun saya, saya tetap x abaikan tanggungjawap saya.

Awak,
 Terimakasih untuk kenangan indah itu. Saya semakin selesa dengan awak dan saya harap awak pun macam tu juga. Sama2 menjadi diri sendiri. Maafkan saya kalau kata2 buat awak terasa hati tika kita luangkan masa bersama.  Saya tau awak sayang saya.

Fikiran saya agak terganggu dan saya sebenarnya x sihat, mujur awak x perasan . Masa yang sama saya tetap berfikir apakah yang menarik hati awak pada saya. Saya x jemu tatap wajah awak tetapi sesekali saya kebimbangan. Saya kerap lupa wajah awak akhir2 ini.

Perubahan demi perubahan. Dugaan demi dugaan. Saya harap awak beransur menjadi kuat dan x terus hanyut. Saya sebenarnya risau andai kasih sayang kita tercemar oleh nafsu, yunk.

Saya sangat- sangat risau andai semua nie jadi kebiasaan di setiap pertemuan. Saya faham andai awak fikir itu semua termasuk dalam kategori “awak berikan semua cukup” tapi sebenarnya saya lebih takut kalau perkara nie yang akan mematikan kasih sayang saya pada awak. Bukan niat saya nak fikir bukan2. Tapi yunk, saya merasakan kita ni dah jauh sangat buat kesilapan. Betul la kasih syaang perlukan sentuhan tapi yunk, biarlah ianya hanya sentuhan bukan kerana nafsu yang x terkawal.

Saya berusaha menjaga hati awak dan memenuhi kehendak awak secara perlahan. Tapi saya pun risau kalau sikap saya memanjakan awak akan buat awak jadi lalai. Jangan sia-siakan saya awak. Susah tapi saya harap awak x kan buat gitu.

Awak,
Saya rindukan awak,
Saya pun rindukan pinangan awak!

27 June 2014

Rindu

18/05/14 – Ahad

Awak,

Terimakasih, saya sayang awak ketat2.

Walaupun Cuma 15 minit yang singkat dapat jumpa, walau umpama mimpi saya tetap rasa happy. Walau awak kebasahan ditimpa hujan dari kuantan nak balik ke subang, awak usaha jugak dapatkan saya, semata-mata sebab saya kata saya rindukan awak sangat2.

Awak,
Macam selalu sikap dan kecomelan awak tu x pernah failed buat saya ketawa. Saya senyum x henti2.  Saya betul2 sayang awak. Jadilah diri awak yang sebenarnya x kira apa pun dugaannya.

Maaf lah Cuma kek je yang dapat saya bagi kat awak. Dalam lucu teringatkan sarung tangan awak yang hilang tu, rasa geram jugak dengan orang yang amik tu. Benda macam tu pun nak curi. Bila saya kata nak ganti baru, awak kata x payah pulak. Sian la kat awak, sejuk2 x de sarung tangan kan. Mesti kebas tangan tu.

Kenangan


13/05/14 – Rabu

Awak,

On the way saya nak naik keje, macam biasa kita akan sms satu sama lain. Awak, bagitau saya yang awak nak balik kampong. Dengan gurauan awak Tanya saya nak ikut ke x?
Dengan gurauan jugak saya jawap. Dah tentu lah nak!

Tapi awak, sms yang awak reply tu betul2 mencabar diri saya. Terasa seolah-olah saya ditampar dengan kuat kat muka. Saya tersedar siapa saya. Awak bercakap tentang status saya dan keadaan diri saya. Saya rasa sangat2 kecewa dan sedih, macam selalu jugak, awak akan ingatkan saya siapa diri saya dan selayaknya saya berperangai macam mana. Bahawa semua nie tak betul dan saya tak patut teruskan relation dengan awak nie. Saya memang rasa terpukul dan malu walau kata2 awak tu hanya gurauan.

Jauh disudut hati saya berkata: “semua nie memang betul pun, keadaan nie x sepatutnya terjadi, saya masih terikat. Dalam hati saya jugak yakin mungkin inilah pengakhiran antara kita walaupun saya sayang sangat kat awak, Biarlah saya undur diri, fikirkan semula dan pertimbangkan semula hubungan kita nie bila saya dah sah bebas nanti”

Kata-kata awak buat saya rasa bersalah pada dia. Saya tahu perbuatan saya nie sangat2 x elok dan x lansung dia tanggung dosa saya yang dia tak tahu. Saya pulak terhutang kemaafan dan keredhaan dari dia selagi saya x mohon maaf dan berterus terang perbuatan saya. Saya tahu perbuatan saya nie sangat2 salah dan berdosa. Sebab ikutkan hati saya butakan mata dan lupakan semuanya. Halal ke, haram  ke, dosa ke, x ke, semua saya x fikir dah. Terimakasih lah awak ingatkan saya.

Saya pun terfikir, sepatutnya saya yang lebih berusia dan matang nie mencegah kita dan menegur awak kea rah kebaikkan tapi saya biarkan kita terus hanyut. Saya yang sepatutnya bombing awak ke jalan yang lebih baik tapi sebaliknya saya turut serta menyumbang kerosakkan pada awak dalam segala perkara. Maafkan saya.

Saya x de hati nak keje, akhirnya dalam jam 2 pagi saya minta cuti dari Manager. Selepas berbalas msg di Tagged, saya sedar awak dah terasa yang saya berniat nak menjauhkan diri. Awak nak dapatkan saya tapi saya rasa biarlah saya dapatkan awak. Mungkin inilah kali terakhir atau mungkin masih ada peluang awak yakinkan saya untuk teruskan relation nie.

Setibanya saya di Subang, menatap wajah awak yang muram dengan lirikkan mata, saya x boleh nak pandang terus wajah awak, airmata yang saya tahan bimbang akan jatuh. Kenapalah airmata saya senang sangat mengalir untuk awak…haish. Saya berusaha untuk tahan dan cari kekuatan. Saya tak tau macam mana nak bagi reaction. Samada saya patut marah atau sedih atau gembira. Terasa amat lemah dan penat fizikal dan mental. Saya sangka saya cukup kuat menahan sebak, tapi saya x mampu. Airmata saya luruh jugak depan awak…

Berulangkali awak mohon maaf dan kata awak sayang saya, x nak kehilangan saya, tambah2 sayu hati saya bila awak cakap sayang saya, kiss pipi saya . awak pun cakap sayang baby n awak kiss perut saya. Perasaan saya sangat2 tersentuh coz saya rasa baby gerak masa awak kiss perut saya, macam dia faham sentuhan awak kat dia. Semoga kata2  tu lahir ikhlas dari hati sebab saya berharap gitu.

Awak,
Kenapa? Mengapa awak pilih nak sayang kami. Awak sedar tak tanggungjawap berat dan amanah yang awak bakal hadapi bila bersama kami. Saya memang x faham. Awak ada pilihan yang lebih baik, kenapalah nak susah2 kan diri. Baby pun macam tau-tau je ibu sedih, asyik resah gelisah.

Awak,
Tak kira macam mana pun saya cuba bertabah, hati saya x kuat nak melepaskan awak bila kita berdepan.

Saya peluk awak erat2 dan memang berat nak lepaskan pelukan saya. Saya rasa mungkin tu lah kali terakhir saya dapat peluk awak, bau awak, sentuh awak n lepaskan semua kerinduan saya kat awak. Saya tau dari pandangan mata awak pada saya, awak terfikir kana pa yang bakal berlaku dan rasa pelik dengan cara saya kali nie.

 Awak asyik kata: “Saya sayang awak yunk, saya x nak kehilangan awak dan x nak inilah kali terakhir kita jumpa. Janji dengan saya, saya x nak”

Sepanjang jalan balik airmata saya macam hujan. Hati sedih sangat dalam masa yang sama bersyukur saya ada awak. Tapi sayang, cabaran nie baru sikit.Dugaan sebenar lebih hebat. Kuat ke kita nak hadapinya. Saya berdoa andai saya lemah dan x berdaya, awak akan lebih kuat dari saya dan berusaha mendapatkan saya. Andai saya mengalah, semoga awak lebih tegas memiliki saya dengan segala ketabahan.

Selebihnya yunk, saya x tau apa bakal berlaku, hingga bila saya akan selalu merajuk dan awak sabar melayan rajuk dan kerenah saya. Saya berserah pada dia, hanya dia yang tau kenapa kita dipertemukan dan di mana titik noktah jalinan hati antara kita.


Luahan

09/05/14 – Jumaat

Sepatutnya saya mula keje shift malam hari nie. Rindu kat awak plus rasa x de mood nak keje buat saya fikir nak spend time dengan awak aje.

Saya pun tak tahulah nak start dari mana, awak. Tiba-tiba aje idea tu muncul dikepala. I really want to be with U.

So lepas dapatkan MC, lepas drive 45 minits, here I am dengan awak lagi. Rasa kulit awak bersentuhan dengan kulit saya. Saya Cuma berharap awak tak terlalu focus nak puaskan hati saya, Just relax and enjoy the moment, Saya dah ada dengan awak sekarang nie kan.

Sesekali saya terfikir, Masih ke saya nie Cuma eksperimen pada awak? Hermmm…Jadilah diri awak yunk, Apa masalahnya awak beria-ia nak buat semua benda yang akhirnya buat saya rasa x selesa.

Sesekali bila tatap wajah awak, hati saya tertanya-tanya,  Siapa saya sebenarnya pada awak? Pemuas nafsu aje sampai awak beria-ia ? Rasanya saya x pernah komen apa2. Saya faham disebabkan usia awak, awak ada kekurangan dan kelemahan, tapi percayalah awak akan ok, awak akan belajar perlahan-lahan. Kosongkan lah fikiran dan nikmatilah. Ntahlah… awak, kadang2 cara awak layan saya, buat saya rasa murahan L

Mungkin itu cara awak curahkan dan tunjukkan kasih sayang awak, Tapi saya x suka words *fuck*. Gunakan lah perkataan yang sweet..saya melayan awak sekarang nie kan?
Arghhhhhh…..Saya suka bersama awak yunk, suka sangat tapi tolonglah jangan buat saya fikir macam saya buat kesilapan besar.

Saya terlena dan rasa awak ada katakan sesuatu sebelum awak kiss saya, dalam ngantuk saya x nak awak tinggalkan saya sorang2 ke mana2 pun. Masa tu saya just nak awak ada dengan saya. Saya peluk awake rat n cakap “ Jangan pegi mana2”. Sungguh saya takut klau2 awak tinggalkan saya sorang2 kat situ lepas awak baca catatan saya dalam buku kecik tu. Awak tu bukan pasal sangat. Tau2 dah terasa dan nak lari bawak diri aje huhuhu.

Semuanya rasa dalam mimpi n saya tak nak bangun.

Awak,
Saya minta maaf sebab kelemahan saya, susah nak puji awak, bukan saya x hargai awak Cuma saya x reti nak luahkan dan rasa sangat kekok.

Awak tentu tau saya sayang awak kan? Banyak benda yang ada kat fikiran saya sekarang. Awak bakal jauh dari saya, Sepang tu bukan dekat, Kuantan pun…saya risau jauh dimata bakal jauh dihati jugak. Saya pun x percaya relation jarak jauh nie boleh Berjaya sebab saya x mampu meneka apa yang bakal saya hadap. Dugaan yang macam mana bakal tiba. Tau2 nanti saya dah kehilangan awak.
Tapi yunk, dalam waktu yang sama, saya sedar saya x boleh minta permintaan yang melampau, contohnya minta awak korbankan life awak semata-mata supaya awak ada dekat dengan saya. Berjauhan ada juga baiknya dan keindahannya.

Luahan



08/05/14 – Khamis

Pertemuan yang penuh emosi, ternyata apa yang saya fikirkan tetap tak ada perubahan. Awak merisaukan saya yunk.

Ketika makan di Pizza Hut, saya dah perasan perubahan air muka awak, saya tahu ada yang bermain difikiran awak setelah saya berkata sesuatu dalam nada gurauan. Berlaku salah faham disitu. Awak , terlalu takut andai saya kembali pada Rain dan tinggalkan awak. Awak, risau klau kita berjauhan dan dipisahkan jarak, kita akan terpisah jua. Awak, pun risau andai Encik Hubby mulai curiga dan menghadkan pergerakkan saya.

Memang saya akui, sukar untuk memahami awak yunk, tapi dalam kesukaran saya faham juga tindakan yang bakal awak ambil. Melarikan diri. Sebab awak x nak saya tau, apa yang awak rasa dan airmata awak yang awak tahan. Saya takkan benarkan awak tinggalkan saya dalam keadaan serabut macam tu dan buat saya rasa macam orang bodoh.

Lepas je parked kete, dari air muka awak saya tau, awak akan kiss saya than keluar kete terus balik ke rumah. So saya memang mengelak tiap kali awak nak kiss saya. Awak x pandang mata saya, sebab awak takut saya tau awak tengah sedih n x nak tengok awak sedih. Klaulah awak pandang yunk, sebenarnya jauh disudut hati saya dah bertekad,
The moment awak melangkah keluar kereta, bermakna awak keluar dari hidup saya dan saya x kan jumpa awak lagi, x kiralah macam mana dan apa pun sebabnya.

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat awak stay. Saya pegang jari jemari awak, saya genggam jemari awak erat2, saya peluk pinggang awak, hati saya sayu sangat, airmata yang saya tahan jatuh jugak. Saya menangis di bahu awak, sungguh saya sangka saya akan kehilangan awak selamanya hari nie. Tonight is the night saya kerap ucapkan kat awak “saya sayang awak”. Lahir dari hati dan jiwa walaupun sangat susah bagi saya.

Saya sedar  saya mampu tenangkan awak tika awak gelisah dan pujuk awak andai awak bersedih. Saya tau bukan senang tapi saya akan cuba dan berusaha sebaik mungkin.

Peringatan bagi saya, “Jangan jumpa awak waktu emosi saya x stabil sebab saya akan mudah merajuk n sensitive, saya akan sakitkan hati awak”

Yunk,
Banyak cabaran yang bakal kita hadapi, awak harus kuat untuk saya bersandar dan berpaut pada awak. Saya dah terlalu kerap terluka dan susah untuk percaya bahawa mencintai saya seikhlas hati itu wujud.

Tentang keadaan saya dengan Encik Hubby, bukan niat saya nak tunjukkan kelemahan dia ataupun nak bandingkan awak dengan dia. Cumanya hubungan suami/isteri nie suatu yang sangat complicated. Awak x kan faham sehinggalah awak melaluinya sendiri. Semua orang berhak diberi peluang perbaiki diri, begitu juga dia, saya dan awak.

Sesungguhnya sekarang saya memberi awak peluang untuk buktikan diri awak pada saya dan saya akan sabar menanti hingga waktu yang kita persetujui bersama itu berakhir.

26 June 2014

Luahan Rasa



02/05/14 – Khamis

Dari hari ke hari perasaan semakin kuat, kerinduan dan kebersamaan itu sangat2 menguji kesabaran. Angan- angan memang indah tapi kita sama-sama tau, jalan yang kita pilih nie bukan mudah.

Semoga awak terus kekal menjadi lelaki yang mengagumkan saya. Semoga awak terus berusaha bantu melupakan jurang usia kita dari cara pemikiran dan tindakan awak.

Sayang,
Saya dambakan seorang pelindung dan seorang pemimpin yang boleh diharapkan ketika saya lemah, rebah dan buntu. Semoga saya mampu perlahan-lahan percayakan awak untuk membimbing saya hingga ke syurga. Hermmm… tinggi angannya tu kan?

Awak,
Mungkin awak peluang terakhir yang hadir dan merupakan ujian terakhir bagi saya. Semoga sayalah rusuk awak yang bengkok itu dan semoga awaklah imam yang saya tunggu suatu hari nanti.

Indah rasanya berimpian, andai saya berpeluang mengisi kekosongan jiwa saya bersama awak, Tentu syahdu andai, kita dapat bersolat bersama, saya dapat cium dan salam tangan awak seusai solat setiap waktu dan awak cium dahi saya dan peluk saya terutama tika solat subuh setiap hari sebelum memulakan tugas harian kita, Indahnya andai setiap ketibaan ramadhan kita bersahur bersama, berbuka bersama dan berterawih di masjid berlainan andai berkesempatan. Tapi jauh sudut hati kata, mungkin bakal tinggal impian juga seperti sebelum2 nya. Dari sekarang semua tu dah dimulakan dengan langkah yang salah…

Sayang,
Andai awaklah untuk saya. Saya mungkin patut pertimbangkan berkongsi awak dengan insan lain andai keadaan memaksa sebab saya tak mahu kehilangan awak. Segalanya rahsia allah dan hanya dia tau apa yang terbaik untuk kita.

Luahan



29/04/14 – Selasa

Saya ada kursus jangka pendek “Business Writing” hari ini dan semalam.

Rasa nak jumpa awak bukan main lagi sampai rasa sesak di dada. So decide lepas kursus nak jumpa awak, walaupun sekejap je pun ckup lah.

Dari Genting saya terus pergi ke Subang Bestari dan kita pergi dekat2 area umah awak aje. Kita pegi dinner kat Pizza Hut. Yang saya terperasan dah tak ada sempadan dan malu2 dah. Awak lebih relax dan berani nak luahkan apa awak fikir, rasa dan nak pada saya. N as owez, klau x nakal memang bukan saya la kan. Saje je provoke2 awak. Luv to see U smile and wat muka geram. Hahaha.

As owez jugak, people stare at us. N as owez jugak kita ignore n macam kat situ ada kita je.

Dua perkara yang sangat terkesan di hati saya.

Again awak kata:

“ Sayang! Don’t let age be an obstacle between us and our relation. Age is just numbers”

“I don’t want to loose U, I don’t have many people that I Love”

Saya mengaku saya masih tak yakin pada awak, saya masih rasakan semua nie mimpi dan awak Cuma nak berseronok. Selalu saya Tanya awak, “Why me?” saya x ada apa2 nak offer. Sepatutnya umur macam awak, bukan fikir nak komitment ataupun  bersedia untuk masa depan yang lebih baik. Umur macam awak sepatutnya mencuba segala yang seronok dan adventure. Itu yang saya x faham.

Tenang je awak jawap sambil merenung jauh “ I have all the fun I suppose to have in this age, apa je yang saya x cuba, sex, night life, Cuma saya tak minum n drugs, Satu je yunk! Yang saya belum puas, Saya sukakan kelajuan. Awak bagi saya peluang sekali je ckuplah”.

Saya faham itu minat awak dan saya tak boleh larang walaupun saya x suka. Tak kiralah apa pun perasaan saya, takut, risau keselamatan awak, saya tak kan cakap apa2. Saya pun takkan larang awak dari buat perkara yang menjadi minat awak. Apa yang awak rancang dan cita2 kan. Saya Cuma boleh bagi pendapat, terpulanglah kat awak nak tentukan.

Saya pun tau aje, sesetengah orang akan merajuk, atau marah2 bila dengar apa awak mintak tu. Tapi maaflah yunk ya. Awak x dapat tindakbalas gitu dari saya walaupun saya tak suka idea dengan minat awak tu. Sama jugak macam fishing, saya tak suka kena tinggal, tapi dah minat awak, saya kena sokong dan doakan yang awak sedar bahayanya kelajuan dan mancing tu minat awak. Berdoa jugak yang awak akan lupakan aje semua tu. :)
Yang pasti saya tak pernah temui sesiapa yang betul2 tunjukkan rasa cemburu seperti awak, Terimakasih yunk, awak buat saya rasa amat2 disayangi.

Tapi sebenarnya masih ada yang tak beres di hati saya ni. Walaupun awak muda tapi dari cara awak bila kita bersama, saya yakin awak ada pengalaman dan biasa buat, terfikir dari situ la awak develop skill yang ada kat awak.

Awak pun berpesan pada saya: “Jangan perlakukan saya sekejam yang Rain terima< Kalau dah tak suka bagitau aje, Jangan tinggalkan saya tiba-tiba atau jauhkan diri”

Jawapan saya ringkas yunk: “Saya takkan tinggalkan awak atau kejam pada awak klau awak tak berlaku kejam dan lukakan hati saya kecuali kalau terpaksa.”

 Yang awak tak tau yunk selalunya saya tinggalkan seseorang kerana saya terlalu sayangkan dia tapi saya mampu nak bahagiakan dia dan berikan yang terbaik.

Pertemuan kali nie, awak dah banyak berubah yunk, Personaliti awak, kiss awak,semoga segalanya akan jadi baik. In shaa allah. Masih jauh perjalanan. Mungkinkah ada penghujung pada segala rasa ini. Mungkinkah kita bersama?

Taman Burung

17/04/14 – Khamis

Hari nie saya ada follow up check up kat Hospital Selayang, Macam selalu, lepas off keje shift malam, direct terus ke sana. Check up saya cepat abis dan saya rindukan awak, so kita decide nak jumpa. Saya pick up awak kat umah di Subang Bestari.

As owez, saya venture je jalan nak pegi umah awak. Ingat2 lupa. Than sampai kat nursery Kota Damansara saya tersilap ambil U-turn n berenti kat depan FRIM. Call awak n than patah balik. Nasib x sesat lagi. Nampaknya jumpa awak dan salah jalan adalah perkara wajib. Hahaha

Bila dah ambil awak n as owez, awak la jadi mangsa untuk drive. Sebenarnyakan jadi Co- pilot duk sebelah nie sedap. Bleh tengok macam2, specially awaknya face expression. Dah jadi habit pulak suka buat emo awak up n down. Moga awak sabar dengan saya yunk. J

Macam selalu jugak sesat barat baru sampai ke tempat tujuan. Tapi x teruk sangat la coz we been there before Cuma lalu je.

“being intimate is a must for us”

Kalau awak ada, saya memang x boleh jauh n dah memang saya manja dengan awak. Walaupun penat sebab x tido, walaupun panas, kulit perit terbakar, I luv the moment spend with U. As owez, time serius kita serius, time gurau senda senyum ketawa pun macam tu juga. X pernah kisah pandangan mata2 yang curious or judging relation kita.

Sempat singgah2 duduk, bersandar manja kat badan awak walaupun dalam hati seriau takut awak jatuh ke, patah2 ke, maklumlah kurus sangat. Mana ada isi awak tu. Bila turn awak pulak, amboii bukan main lagi senyum sampai telinga, tau lah saya gebukan yunk.

Ada dua time kita berbincang dari hati ke hati, Seperti biasa awak akan mengelak klau saya pandang wajah awak. Kenapalah awak nie penyedih sangat kadang2. Saya pun x faham mcm mana nak handle awak nie. Tapiiii….cemburu tu Nampak ketara tapi awak sembunyikan. Saya tau lah yunk…saje je buat x tau.

Kadang2 sikap awak nie ada yang buat saya geram dan x selesa, specially bila awak duk tepuk2 saya mcm budak2. Aduhai…nak di marah takut merajuk, Tapi saya memang tak suka. Yunk…ada beza tau manja dengan layanan kebudak-budakkan. Fikir balik, nak buat macam mana kan dah awak masih muda mcm awak selalu ckap “yunk, saya nie muda lagi, awak kena lah ajar saya”. (Tetiba sedar diri dah tua, haish….)

Macam mana pun saya masih rasa ada yang tak beres dan saya x tau tentang awak. Awak sangat perahsia dan x suka nak cerita tentang diri sendiri. Semoga suatu hari nanti saya akan tau apa bendanya tu.

Dalam hati kata “ sabarlah meira, nanti2 x yah Tanya pun dia cerita lah tu”

Outing


12/04/14 - Sabtu

Malam nya saya kerja Night shift. Habis je kerja saya perlu ambil darah di Hospital Selayang untuk next check up. Segala urusan telah selesai dan out of the blue, kita cadang untuk berjumpa. Kebetulan awak pun free n cuti kan.

So kita jumpa di Hospital, breakfast dan decide nak pergi ke Butterfly park kat KL nie. Saya memang x tau mcm mana nak ke sana. Biasalah, if with awak, x ada adventure tentu lah x sah. So kita pun redah aje. Yang penting we spend time together.

Lepas beberapa kali tersilap jalan, kita sampai kat sana dengan selamat n dapat jugak dapat cari tempat nie. Happy! :)

Saya memang suka pergi tempat2 mcm nie, mayb sebab faktor usia saya yang dah jadi mak2 orang nie kan, so saya memang suka la tempat yang ada education value nie. x tau lah apa awak rasa kan? org lain date gi movies la, bowling la, taman lepak2, dengan saya awak kena penat2 jalan n gi tempat yang x vogue lansung, hahaha.

Masih ingat mcm mana muka awak merah2 kepanasan, But x sangka awak nie kampung boy taste jugak. banyak2 benda katak yang menarik minat awak sangat. Dah la saya geli dengan katak (adalah historynya kan) klau awak masih ingat lah, saya ada cerita sebabnya.

Dengan wajah selamba saya, dan awak pun rileks2 aje, kita berpegangan tangan, pegang pinggang n selamba je diri sebelah sandar kat badan awak. Bukan x ada mata yang memandang tapi buat x kisah. Pandang lah hingga keluar mata pun, kita x kisah kan yunk, biasa dah tengok pandangan gitu. Tapi yunk, dalam x kisah, x kisah saya tu, saya terfikir banyak perkara, ada yang menakutkan dan ada yang rasa mcm lawak.

saya ada beli souvenier kat sini, key chain nama saya yang glow in the dark dan fridge magnet. Awak pun ada bagi saya fridge magnet yang cantik dari Terengganu masa gi Morib. Suka sangat n terimakasih Yunk.

Masa balik, sebelum keluar dari kereta, mcm selalu awak kelihatan berat nak berpisah dengan saya. Awak kiss saya mcm biasa. N this is first time saya salam n cium tangan awak, saya pun hug awak erat2. Tika nie hati sayu dan terasa rindu. Saya tau pandangan tanda tanya kat mata awak tu. kenapa saya salam n cium tangan awak sedangkan faktor umur sepatutnya the other way around. Sebenarnya saya menjawap permintaan awak, Jangan usia jadi penghalang utk kita saling menghormati dan menyayangi. Saya tau awak merasakan apa yang saya cuba sampaikan.

Ada perhubungan yang erat terjalin antara kita, bukan fizikal tapi hubungan hati yang sukar nak ditafsirkan. Tapi awak,
"is this really going to work?" Ntahlah kan. Biar je lah masa tentukan perasaan kita nie.

Maafkan saya sayang


Sayang,

Bukan niat saya membiarkan awak resah gelisah. Bukan juga niat saya nak melukakan hati awak yunk,
Maaf kan saya buat awak marah dalam kerinduan, saya faham awak x dapat nak berada disisi saya kerana jarak kita ini.  Saya cuma demam biasa aje. x ada yang serius pun berlaku. Dari sebelum saya kenal awak, saya memang kena mendapatkan rawatan dihospital sebab saya alergi banyak perkara. Rasanya saya pernah citer kat awak yunk, Tapi seperti selalu, rasanya awak akan terlupa segala perkara yang agak penting bagi saya dan hanya ingat perkara yang remeh temeh.

Betul lah saya selalu kata kat awak, take it easy, sebab masalah x kan selesai andai paksa diri menyelesaikannya bila belum tiba masanya. Saya x suka bila awak panic, Ya...saya faham, awak sayang saya n x nak kehilangan saya. Tapi saya tau awak sentiasa ada untuk saya walaupun bukan secara fizikal. At least saya dah bagitau saya ke hospital. Klau bukan saya yang x sihat dah tentu saya akan reply msg atau apa aje. Tapi saya yang x sihat, dah tentu lah saya lebih utamakan keadaan diri sendiri n nak cepat sembuh. Time mcm tu dah x ada masa nak berkepit dengan phone dah. walaupun diingatan x pernah lupakan awak dan tau tentu awak risau.

yunk,

Awak selalu mendesak x kira lah apa aje. Klau awak nak tau apa2. awak x mampu nak sabar. Mesti akan terus tanya n tanya. Klau awak nak sesuatu awak tetap nak jugak benda yang sama walau apa cara sekali pun. Sekarang kerap saya rasa, klau awak x dapat saya, mcm mana lah keadaan awak ya?

yunk, terus terang saya rasa penat. Dalam hidup saya, saya selalu adjust diri untuk keselesaan orang lain dan berharap untuk diterima oleh orang lain. awak tau tak, sekarang saya dah mula adjust diri saya untuk keselesaan awak pulak.

Sebab apa?
sebab saya sayang awak, klau tempuh berkawan saya boleh kata apa saje, sekarang saya dah kena hati2 nak kata apa2 atau bercerita apa2.

sebabnya? x nak awak runsing dan terluka.

Saya percaya semua yang saya luahkan nie bakal buat awak tersentap dan berubah dingin.

Please lah jangan merajuk, saya rindukan awak owez.

kenapa

npe awk tak nk bg tau sebab awk g hspital mlm n ye...slalu sgt gnie..awk nk sy take it easy..tapi tu bkn dri sy...selagi x tau selagi tu sy akn pkir..prsaan rindu mnyelubungi diri..prsaan mrah pown ad..susah nk explain...apa-apa pown sy doa kn yg terbaik..hope semua nya ok.
.

25 June 2014

PENEMUAN JAWAPAN


07/04/14 -08/04/14

Pagi ini saya mengambil keputusan untuk terus mencari jawapan dan memberikan awak masa sehari semalam lagi. Setelah apa yang berlaku malamnya, saya perlukan kepastian untuk saya membuat keputusan. Our destination adalah Melaka.

Pagi itu kita singgah bersarapan disebuah gerai kecil, hati saya sangat tersentuh dengan kehadiran seorang perempuan tua, terlintas difikiran andai wanita itu saya atau mak saya. Sayu rasa hati. Tapi dalam ketegasan saya, hati mudah lemah dengan keadaan begitu dan saya percaya, rezeki dia ada pada saya dan awak haritu.

Kita nikmati makanan dan kemesraan yang kian erat. Bersuapan makanan sambil mata-mata sekeliling yang melemparkan pandangan tanda tanya dan menghakimi kita. Saya bersyukur sebab awak lansung tak menunjukkan awak terkesan dari pandangan mereka itu terhadap kita.  Biarlah apa orang nak kata dan agak kan. Kita je yang tau apa berlaku.

Saya merasa amat tak selesa bila sepanjang perjalanan awak kerap menerima panggilan dan agak kekok bila menjawapnya. Saya terasa sebenarnya seolah saya menganggu. Mungkinkah awak telah berpunya dan apa yang sedang saya buat sekarang bersama awak. Tika itu saya rasakan, saya memang dah buat kesilapan besar. Hinggalah sampai ke pengkalan balak ketika mencari tempat bermalam, awak minta diri untuk buat panggilan. Tika itu memang saya sangat2 yakin, saya dah buat kesilapan dan saya cuma berharap saya dapat melalui malam ini dengan baik dan putuskan saya x kan jumpa awak lagi selepas pertemuan ini.

Maaf lah awak, tika di Klebang, saya menunjukkan ketegasan saya dalam lembut. Saya memang tak suka habiskan masa tanpa arah tujuan yang pasti, dan awak pulak, terlalu cerewet dan demand. Kalau itu yang awak inginkan, itu lah yang awak akan dapatkan tanpa kompromi atau pertimbangkan option lain yang ada. Saya seorang yang sederhana dalam segala segi, apa yang ada cukup lah. Keletihan dan rasa kurang sihat membuatkan kesabaran saya tercalar dan saya menegur awak jugak akhirnya. hahaha.

Setibanya di hotel, saya terlena sementara menunggu awak mandi. Rancangan nak ke Umbai untuk dinner dibatalkan. Sekali lagi waktu makan, awak pamerkan sikap cerewet awak tu.... Ternyata saya memang x sabar nak tangani sikap awak yang satu nie. huhuhu. Ketika makan awak menegur kediaman dan kemuraman wajah saya. Mengagumkan awak teperhati dan terperasan jua perubahan itu. Saya faham awak ambil berat tapi bukan cara saya, reveal apa yang saya fikirkan kalau ianya cuma perkara kecil. Nanti2 baik lah tu :)

Malam itu saya tidur awal dan agak lena. sesekali saya terjaga dan perasan, awak resah di dalam bilik. awak tatap wajah saya yang lena beberapa kali. Hinggalah saya tanya awak, kenapa x nak tidur dan saya nak bermanja. saya peluk pinggang awak erat sambil berbantalkan lengan awak. Ya, saya memang demam tapi biasa la. demam dah jadi kawan baik saya. So saya ignore aje.

Sebelum balik esoknya, saya peluk awak erat2. Mungkinkah itu pertemuan terakhir kita. Jawapan yang saya cari tetap belum pasti. Hinggalah semasa dalam perjalanan ke Highway tol Ayer Keroh, Kita bercakap tentang Rain. Ada riak tak menyenangkan terpamer di wajah awak. Dan akhirnya tika di Highway KL- Seremban, time bomb exploded. Saya dapat kepastian yang saya cari dan saya kehilangan kata-kata.

Sikap awak yang saya pelajari
- adakalanya awak mature dari usia awak.
- Awak ada pengalaman tetapi masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.
- Awak sangat prihatin dan baik hati.
- Seorang yang cemburu tetapi cuba menyembunyikannya sedaya mungkin hahaha
- Awak tak open dengan perasaan awak dan saya akan ubah itu.
- Awak juga mempunyai idea yang salah tentang perhubungan. Tak mungkin hanya satu hala tapi mesti bersama berusaha, awak x boleh membuat segalanya sendirian dan berkorban tanpa batasan, nescaya awak pasti terluka sendiri dan insan yang awak sayang terlepas pandang untuk menghargai. Hubungan begitu akan berakhir dengan cepat dengan keadaan begitu.

Sayang,
From now on, U will be stick to me like Glue.

Namun jauh disudut hati kecil saya berpesan pada diri "Just be carefull, U might being hurt again"

PENCARIAN SEBUAH JAWAPAN



06/04/14 - 07/04/14

Walaupun waktu yang agak panjang, namun masih terasa singkat. Saya merasa hairan dari mana saya perolehi keberanian buat kerja gila macam nie. Mungkin saya tak nak soalan yang berlegar - legar di minda tidak berjawap. Jadi saya putuskan untuk mencari jawapan dari segala persoalan itu dan fikirkan apa patut dilakukan selepas itu.

Samada "TERUSKAN DAN HADAPI SEGALANYA ATAU LUPAKAN SEMUANYA DAN ANGGAP TAK PERNAH BERLAKU"

Banyak yang saya temui dan ketahui sepanjang 3 Hari 2 malam kita bersama.

Saya yang tak pernah pun drive sorang2, tambahan malam nie boleh plak sampai ke Subang tu tanpa sesat jalan. hahaha...sesuatu yang saya tak sangka saya boleh buat. Bertambah kurang la kebergantungan pada encik hubby nampaknya. Saya dah temui keyakinan diri :). Terimakasih awak.

Bertambah-tambah sangat terkejut, saya x pernah sampai ke Morib, saya boleh sampai ke sana dan enjoy journey tu sendirian aje. Bleh singgah merasa makanan yang popular diperkatakan oleh blogger2 yang saya baca. Tak lah susah sangat rupanya klau jalan2 tak ada map pun :)

The moment awak melangkah masuk ke kereta, saya merasakan segala batasan yang awak rasakan antara kita telah hilang. Secara perlahan - lahan, segala yang awak cuba sembunyikan dan x nak saya kenali sikap awak, terpamer perlahan-lahan. Saya cuma sabar menanti, saya pasti awak akan jadi diri awak dan tak payah berusaha keterlaluan untuk mengambil hati saya bila awak merasa selesa dengan kehadiran saya. Itu lah yang patut saya buat. Buat awak selesa.

Malam itu pertama kali kita bersama, dan masing2 tetap berjaga-jaga menjaga tingkah laku, banyak yang saya fahami dan ketahui dari pemerhatian. Saya pasti awak, merasakan sesuatu, tapi saya tak pasti apakah dia.

Dalam berani sebenarnya saya takut. Ntah apa lagi yang saya mampu buat saya pun x tau. Ternyata segala yang saya cuba tepis dan jaga selama nie, saya hadapi sendiri. Curang bukan perkataan yang indah dan baik, Mengkhianati kepercayaan dan perhubungan yang di jaga selama nie bukan sesuatu yang membanggakan, Tambahan di dalam tubuh saya tika ini ada benih yang bernyawa dari perhubungan yang indah dan halal itu. Hati dihambat rasa bersalah dan tertanya-tanya, berbaloi kah apa yang saya korbankan ini hanya kerana perasaan ingin tau yang memuncak?

Hanya awak ada jawapannya....hermmm




BEGINNING OF A JOURNEY


It was Saturday again and I remember it clearly, its on 29/03/14, we meet again.

Amazing, U makes effort to see me although just for a movie and a little 2 to 3 hours spending time seeing each other.

Awak,

Again theres a lot of question came into my mind about this a young guy like U. The way U react I could sense that something isnot right. It's seems U feel something to me but U are trying very hard to sealed and hide it...ermmm whatever la kan :)

At this moment, I just go along with U here. From your words mentioning about fun and experiences during conversation, I just smile sweetly because U choose a very wrong person to have fun with and gain experience with. In my smile, I warned U how easy it is for me to makes U like and love me, and I can make U can't let go of me easily and forget the word "fun". U laugh with my words and thats really an amusement and a challenge to me :)

During we spend that short time together, I realized that I noticed U are really attracted to me, specially when U kiss me. What suprise me is why at the cheek...hahaha. Gosh....thats really son and daughter kind of thing. I am waiting for U to salam and kiss my hand as well but it didn't happen. hahaha

I let U do and show me what U wanna do. U are tempting to kiss my lip and I let U with my observant manner. From the kiss and the hug, I know that wont be your 1st time dealing with intimate and closeness like that. U have experience it before. Before we arrived at the Lower station, I give U a kiss, a soft and lingering kiss that I am sure U never ever going to forget the taste and will wanting for more :)

From your face expression when we depart, I know it was hard for U and I realized that means a prolong relation between us and it wont be easy and good ends.

24 June 2014

Pertemuan


Perkenalan kita bermula disebuah laman sosial, saya sungguh tak sangka keserasian itu amat cepat terjalin. Disebalik perbezaan usia yang sangat ketara, kita lansung x merasakan perbezaan.

Pertemuan pertama  bermula pada hari sabtu yang cerah dan indah, masih segar diingatan tarikh nya 08/03/14. Awak sangat pemalu ketika itu, senyuman terukir dibibir dan wajah awak merah menahan gementar. alhamdullilah saya berjaya membuat awak rasa tenang dan selesa.

Setelah bertemu, kita pun bercadang menonton wayang, movie Non -stop bersesuaian dengan bidang keje awak yang kita pilih. Usai membeli tiket kita pun bersetuju untuk dinner. Hidangan Buffet menjadi pilihan. Banyak yang kita bualkan diselang selikan oleh ketawa, gurauan dan senyuman mesra.

awak,
saya tak tahulah nak kata pertemuan ini episod duka atau cabaran untuk kita mengenal erti  sabar yang sebenarnya baru bermula. Ketika merenung seraut wajah awak yang sangat asing di mata saya, hati saya tertanya - tanya.

"Apakah yang berada diminda fikiran anak muda ini dan hatinya?"

"Apakah yang dicari hingga sangat berani cuba menghampiri saya, yang sudah pasti sukar ditolak kehadirannya berdasarkan pengalaman- pengalaman saya yang lalu?"

Awak,
Dari dulu lagi saya sedari saya memang mempunyai keistimewaan ini.
* I have a special ways to get in man heart and hard for them to resisst my present in thier life*
Adakah awak jugak akan bakal menghadapi situasi ini juga?

Sama-samalah kita biar waktu menentukannya